Jumaat, 27 Oktober 2023

ANWAR DALAM BAHAYA ?



Pasangan suami isteri 

dipercayai ejen Mossad

 bukan ahli PKR
PETALING JAYA – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menafikan pasangan suami isteri yang didakwa menjadi ejen keselamatan dan perisikan Israel (Mossad) ahli parti itu.

Jelas penyandang Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, kedua-dua mereka juga bukan anggota mana-mana Cabang PKR dan tiada kaitan dengan parti.

Malah katanya, tindakan kedua-dua individu mengangkat bendera parti itu pada satu majlis pada 2018 juga adalah tindakan mereka sendiri dan tiada kaitan dengan PKR.

“Saya sahkan bahawa dua individu tersebut, iaitu Nidarayahu Zainal dan Raibafie Amdan, bukan anggota mana-mana Cabang KEADILAN (PKR) dan tiada kaitan dengan parti.

“Berhubung gambar individu tersebut mengangkat bendera KEADILAN, atau gambar akaun Facebook dengan logo KEADILAN sekitar 2018, ia merupakan tindakan dan pilihan individu terbabit serta tidak ada kaitan sama sekali dengan parti,”katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pihaknya mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas suspek dan membebaskan warga Palestin yang diculik dipercayai atas arahan Mossad, agensi keselamatan dan perisikan Israel.

“Semua yang didapati bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bahawa dua individu yang ditahan itu merupakan anggota PKR serta ada kaitan dengan parti.

Individu-individu tersebut didakwa punyai hubungan dengan Mossad.-KOSMO! ONLINE

ANWAR IBRAHIM

DALAM BAHAYA

KAH KAH KAH

AJEN MOSSAD

DAH  SAMPAI

AMIN

NASIB BAIK

BUKAN AHLI PKR

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK

SEMUA CIPPLUT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: