Isnin, 30 Oktober 2023

ANWAR MAIN MAIN POLITIK PALESTIN


Anwar lantang untuk menang semula undi Melayu, kata penganalisis

PENDIRIAN teguh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam menyokong pembebasan Palestin dilihat sebagai cubaan untuk memenangi semula undi Melayu, kata penganalisis.

Mereka berkata walaupun Anwar empati terhadap rakyat Palestin namun beliau sedar keperluan untuk mengalih sokongan Melayu daripada Perikatan Nasional (PN) kepada pakatan pemerintahnya.

Bagaimanapun mereka berkata Anwar mungkin tersilap mengira sentimen dari Sabah dan Sarawak yang majoritinya bukan Islam.

“Dia hanya bermain politik,” kata Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya dan Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia kepada The Malaysian Insight.

Awang berkata dengan bersolidariti bersama rakyat Palestin, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mahu dirinya dilihat sebagai pro-Islam, bukannya liberal seperti didakwa PAS.

“Dia mahu dilihat sebagai pro-Islam,” kata Jayum.

Menurut Jayum, objektif politik Anwar adalah mudah.

“Beliau (Anwar) memerlukan sokongan orang Melayu di Semenanjung untuk terus bertahan. Bukan dari Sabah dan Sarawak.

“Beliau tahu kerajaannya boleh runtuh tanpanya (sokongan Melayu),” kata Jayum.

Namun beliau tidak melihat Anwar akan berjaya menarik sokongan orang Melayu seperti diharapkan.

“Beliau kesuntukan masa dan penasihatnya yang ramai mengecewakan,” katanya.

Awang berkata memandangkan nasib rakyat Palestin adalah isu sejagat maka wajar bagi Anwar - seorang pemimpin Islam antarabangsa berprofil tinggi, untuk menyokong Muslim lain.

Namun kata Awang, masalah bagi langkah itu, Anwar dan penasihatnya tidak berfikir secara mendalam.

“Mereka tidak fikir reaksi yang akan diberi Sabah dan Sarawak di mana majoritinya bukan Islam,” katanya.

Tambahnya, rakyat khususnya di Sarawak agak skeptikal terhadap dakwaan kerajaan perpaduan bahawa sokongan kepada rakyat Palestin atas dasar kemanusiaan kerana sokongan Malaysia sentiasa berat kepada agama.

“Tidak semua rakyat Palestin itu Islam. Ramai Kristian.

“Namun begitu, sokongan itu menyebabkan orang bukan Islam di Borneo melihat ia didorong politik dan agama,” katanya.

Perikatan Nasional, dengan PAS dan Bersatu mendahului, menyaksikan hampir 60% sokongan Melayu pada pilihan raya umum November lalu di mana Umno mendapat kira-kira 29% dan PH sekitar 11%.

Trend itu meningkat pada pilihan raya enam negeri Ogos lalu apabila PN berjaya menyapu bersih negeri-negeri Melayu utara dan majoriti besar di Kedah.

Kerajaan Persekutuan Anwar dibentuk dengan sokongan Umno-BN dan gabungan yang memerintah Sabah dan Sarawak. – 30 Oktober, 2023.

ISU PALESTIN

BAWA MASALAH

KAH KAH KAH

PALESTIN LAWAN

PENJAJAH DAH

JADI ISU AGAMA

AMIN

BILA JADI ISU

AGAMA YANG

DAPAT UNTUNG

PERIKATAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: