Jumaat, 27 Oktober 2023

ANWAR MAT LEBONG - SYED SADDIQ MAHU BUKTI


Syed Saddiq desak

 dedahkan pihak luar 

ugut Anwar
KUALA LUMPUR – Kerajaan atau Perdana Menteri, Anwar Ibrahim harus memberikan pencerahan mengenai pihak mana yang membuat ugutan terhadap Malaysia, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar).

Syed Saddiq berkata, langkah itu perlu kerana pendirian yang diketengahkan Anwar adalah pendirian negara melibatkan seluruh rakyat di negara ini.

“Saya berasa sebagai ahli Parlimen tidak kira kerajaan atau pun pembangkang, kita akan mendokong Perdana Menteri dalam situasi ini khususnya dalam mempertahankan bumi Palestin yang tertindas, penderaan, seksaan, pembunuhan dan jenayah yang berlaku berskala besar.

“Jika ada apa-apa ugutan ke atas PM kita perlu bersama mempertahankan dan saya berharap dalam bab ini ada pencerahan lanjut contohnya apa jenis ugutan dan siapa yang mengugut,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menggesa agar kerajaan pantas mengambil tindakan tertentu terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk mengganggu kedaulatan negara.

Presidan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu turut berkata, ia jelas satu perbuatan serius dan perlu diambil tindakan segera.

“Apa tindakan yang perlu diambil serta merta kerana ini adalah serius dalam bab hubungan antarabangsa ini ugutan yang dikenakan keatas PM itu sama sahaja ugutan yang dikenakan terhadap negara Malaysia kerana di persada dunia, pendirian PM adalah pendirian negara.

“Sebab itu walaupun saya berada di kedudukan pembangkang saya akan mendokong dna mempertahankan perkara ini khususnya ia melambangkan identiti dan kedudukan negara kita,” katanya lagi.

Awal hari ini, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menggesa kerajaan mendedahkan negara yang melakukan ugutan serta menekan  Anwar Ibrahim susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Jelasnya, pihaknya tidak sanggup melihat Anwar ditekan dan diugut seperti itu, lantas menyarankan nota bantahan dihantar kepada kedutaan negara terbabit yang berada di negara ini.

“Apabila kita dengar Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau menerima ugutan, ancaman, tekanan dan sebagainya, saya fikir menteri kena dedahkan negara mana yang berani menekan dan mengugut Perdana Menteri yang kita sayang ini.

“Kita tak sanggup melihat Perdana Menteri kita ditekan dan diugut seperti ini,” katanya di Dewan Rakyat. –

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

SYED SADDIQ NI

PERLI KE? BODEK?

KAH KAH KAH

ANWAR MAT LEBONG

KLIM KENA ANCAM

TUJUAN

NAK TARIK HATI

MELAYU 

KAH KAH KAH

AMIN

TAK BERANI KUTUK

AMERIKA SEPERTI

EDORGAN BUAT

AMIN

TAK BERANI TIBAI

ISRALI SEPERTI

ERDOGAN BUAT

KAH KAH KAH

HANYA KATA

SOKONG DAN

BERI BANTUAN 

DUIT BUKAN 

SENJATA

KAH KAH KAH

MUSTAHIL

SYED SADDIQ 

TAK SEDAR

KAH KAH KAH

KHALAS

4 ulasan:

Amier The Hero berkata...

Dah brapo byk pedano mentoghi kek malaysia ni, ini la pertamo kali eh dongar piem kono ugut!!! Hebat piem pilihan tt!!! Sgt² berkuaso sehinggokan di ugut negharo luar. Kuar ajo sepatah pokataan dari mulut eh, seluruh alam kocut poghut kah kah kah kah kah. Hinggokan piem negharo² luar pun kocut tolo eh. Sangat² hebat.. tiado yg sohebat piem skrg. Ok la, baik tido dulu la.. papo pun timo kasih pengundi² di malaysia. Hadap la apo yg ado la ni, padan muko.

Tanpa Nama berkata...

cerita syed saddiq jumpa timbalan PM minta peruntukan itu kisah benar atau lebong anwar? kisah audit banjir itu mat lebong atau auta anwar? macam mana la oxford boleh terima budak muar ni..bodoh yb muar ni..duduk dalam parlimen pun bodoh macam gigi palsu isham rais..

Tanpa Nama berkata...

bodoh budak ni , barangkali peruntukan belum dapat..mahatir lupa nak keluarkan duit dari bank of israel utk muar..maklum la syed saddiq berdating dan berkawan dgn anak2 tokey vincent tan, daim zainuddin dan dan dan..lu pernah tengok syed saddig lepak kedai mamak brickfield atau lepas minum teh ais kat kedai china di brickfield? semoga tuhan zeus menjauhkan dnaa dari syed saddiq..

Tanpa Nama berkata...

semoga tuhan hakiki menjauhkan syed saddiq dari DNAA..ini peluang terbaik utk amir hadi merampas jawatan presiden..tapi MUDA dah buat audit ke? lama bebenor keje orang muda ni.