Pulangkan Najib, mohon Agong beri pengampunan – Pemuda UMNO
KUALA LUMPUR – Satu himpunan aman berlangsung di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini yang dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO.
Kira-kira 1,000 orang hadir dan rata-ratanya memakai baju putih berteriak agar Najib Nazak diberikan pengampunan diraja dan ‘dipulangkan’ kepada rakyat.
“Pulangkan Najib, pulangkan Najib, pulangkan Najib,” teriak mereka.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Akmal Saleh, himpunan aman itu bagi merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberikan pengampunan diraja kepada Najib.
“Kita mohon Yang di-Pertuan Agong berikan pengampunan jika melihat ketidakadilan kepada Najib dan sudah tentunya Najib perlu dipulangkan semula kepada keluarga dan rakyat.
“Kita mohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menilai sebaik-baiknya. Kita percaya atas kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menilai situasi ini dan saya percaya ini adalah suara majoriti rakyat Malaysia yang mahukan keadilan kepada negarawan yang banyak berjasa kepada rakyat,” katanya dalam sidang media selepas himpunan itu tamat 2.30 petang.
Hadir sama adalah anak kepada Najib, Nazifuddin Najib.
Himpunan yang bermula 2 petang itu bagaimanapun terpaksa dihentikan kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.
“Kita tidak ada permit jadi kita akur. Bila polis datang kepada kami dan kami akur dan kami nak ucapkan terima kasih kepada polis yang sentiasa memberikan sokongan. Kami faham tidak ada permit tapi kami akur,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Akmal berkata, pihaknya sedang menunggu tarikh untuk sesi penyerahan 1.1 juta petisyen ‘Pulangkan Najib’ bagi pengampunan Najib.
“Kita telah kumpulan petisyen secara dalam talian dan sehingga hari ini petisyen ini telah mendapat 1.1 juta tandatangan.
“Kesemua tandatangan ini kita akan serahkan kepada pihak Istana Negara dan YDA untuk timbang tara, rakyat dan raja berpisah tiada,” jelasnya lagi.
3 ulasan:
dah macam cerita hantu.. pulangkan.. pulangkan.. tapi bukan maya karim berlakon.. kah kah kah
Dulu ada seorang ayah curik telor ayam untuk bagi makan anaknya yang 3 hari tak makan .. sosok tersebut berjaya ditangkap dan kono pasong setahun .. tapi kono apo tak do sekor pon buek demo untuk lopehkang sosok ini.
Kah kah kah satu satunya negara maju makmur nak bebas pencuri yang disahkan mahkamah, syukur alhamdulillah orang-orang kita amat cerdik dari polis pendakwaan mahkamah semua tahu, curi kalau style Robin boleh saja dibebaskan, kalau curi tepung susu curi tabung masjid curi beras sebab tak ada makanan tak boleh kena penjara kena sebat kah kah kah kalau curi untuk mewah projek kapal layar makan equinox boleh saja kah kah kah antara darjat orang biasa dan darjat mulia kah kah kah
Catat Ulasan