Isnin, 2 Oktober 2023

DEMO SOKONG NAJIB - TAKDA SAPA NAK TURUN !!!


Solidariti UMNO bersama Najib semakin lesu?

KEBELAKANGAN ini, semakin kurang kedengaran suara pemimpin-pemimpin UMNO yang menyatakan solidariti dalam perjuangan menuntut keadilan untuk Najib.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang selalunya lantang bersuara ialah Isham Jalil dan Mohd Puad Zarkashi. Yang lain pula kadang-kadang dan ramai yang menyepi sahaja.

Memang menyedihkan lebih-lebih lagi apabila mengenangkan Najib yang juga bekas Presiden UMNO meninggalkan jasa yang sangat besar kepada parti dan negara.

Situasi itu dapat dilihat pada program sesi dialog awam ‘Keadilan Untuk Siapa’ anjuran bersama Pertubuhan Rangkaian Kebajikan Erat Nusa Rakyat (BeNAR) Malaysia, Nusa Sejagat Malaysia, Malaysian Youth Activist (Malaya) dan UMNOSiswa di Wisma MCA, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Selain Isham yang hadir sebagai ahli panel, tidak kelihatan nama-nama besar yang lain dalam UMNO di dalam dewan kecil yang menjadi lokasi program tersebut.

Mujurlah ramai anak muda yang bersama UMNOSiswa hadir memenuhi dewan sekali gus membuktikan masih ada golongan muda dalam UMNO yang mengenang jasa Najib dan bersimpati dengan nasib beliau.

Para peserta yang menghadiri sesi dialog awam ‘Keadilan Untuk Siapa’ di Wisma MCA, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Berbeza dengan parti-parti lain yang pernah turun berdemonstrasi di jalanan apabila pemimpin utama mereka disumbat ke dalam penjara, UMNO memilih untuk menghormati prinsip kedaulatan undang-undang.

Malah, Presiden Makkal Sakthi, i RS Thanenthiran yang juga ahli panel menyatakan, Najib tidak bersetuju jika penyokong-penyokongnya mengadakan demonstrasi jalanan.

Memang benar demonstrasi jalanan bukan kaedah terbaik untuk menuntut keadilan bagi Najib namun itu bukan alasan bagi pemimpin-pemimpin UMNO membiarkan Najib bersendirian.

Sekurang-kurangnya, tunjukkanlah muka dan bersolidariti dengan akar umbi dan penyokong UMNO yang masih setia bersama Najib yang kini tidak lagi berada di tampuk kuasa.

Mungkin juga faktor lokasi program menjadi sebab mengapa ramai pemimpin UMNO tidak dapat meluangkan masa hadir memberi semangat kepada penyokong-penyokong setia Najib.

Pasti ramai pemimpin UMNO lebih bersemangat untuk turut serta jika sesi dialog awam itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dan bukannya di Wisma MCA.

Walau apa pun, Najib mengambil tindakan yang tepat apabila menjadikan rakyat sebagai ‘kroninya’ semasa beliau masih berkuasa dahulu.

Kini jelas terbukti bahawa rakyat biasa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan tetap setia bersama Najib ketika beliau dalam kesusahan. Mereka tidak meninggalkan Bossku keseorangan. – 

WOIT

KAH KAH KAH

MENGAPA TAK

SUSUN DEMO

KAH KAH KAH

BUKAN KAEDAH

TERBAIK ?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

INI MESTI

TAKUT TAKDA

SAPA NAK TURUN 

BUAT

 DEMO  KOSONG

KAH KAH KAH

MANA MAT OVER

SEMUA DAH JADI

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelik orang kita semua, suka sangat kepada pencuri perompak duit rakyat negaraku kah kah kah sejak dulu sampailah sekarang sama jugak kan? Lagi banyak mencuri lagi banyak sokongan kah kah kah kenapa saja tanya janganlah marah maruah sangat pulak kah kah kah