Sabtu, 7 Oktober 2023

INI CONTOH BERITA PALSU - FAKE NEWS



Harga makanan naik, sewa dan gaji minimum faktor pengusaha rugi


PENGUSAHA industri makanan mendakwa harga makanan yang melambung tinggi, kenaikan sewa dan gaji minimum baharu menyebabkan mereka mengalami kerugian.  

Daripada pemilik restoran, pengusaha gerai di kedai kopi dan pusat membeli-belah hingga kepada penjaja di tepi jalan, kebanyakannya berkata perniagaan semakin sukar untuk bertahan dan mereka mungkin terpaksa tutup kedai kerana beroperasi dengan margin keuntungan yang kecil.

“Kami tidak banyak untung, jadi tiada sebab untuk terus berniaga,” kata mereka.

Ketua unit aduan Persekutuan Selangor dan Persatuan Penjaja Kuala Lumpur, Boon Kok Choon, memberitahu The Malaysian Insight keadaan semasa juga menyukarkan peniaga baharu menceburi bidang perniagaan.

“Jika pendatang baru ini tidak menjana jumlah perniagaan yang diperlukan, maka mereka akan menghadapi kesukaran kerana tidak dapat menampung kos.

“Akhirnya, perniagaan menjadi tidak mampan dan mereka akan terpaksa berhenti,” kata Boon.

Beliau berkata jika harga makanan terus melambung tinggi, lebih ramai pengusaha makanan terpaksa gulung tikar.

Bagi menggambarkan keadaan secara grafik, Boon berkata pada masa lalu apabila terdapat gerai kosong di kopitiam, penjual baharu boleh ditemui dalam masa beberapa hari.

“Sekarang, walaupun tuan kedai menawarkan dua bulan sewa percuma, masih tiada yang mahu.”

Boon berkata ramai dalam industri berasa terperangkap.

“Mereka tidak boleh menaikkan harga menu terlalu mendadak kerana ia akan menyebabkan pelanggan tetap menjauh,” katanya.

“Menaikkan secara minimum supaya tidak menimbulkan kemarahan pengguna, mereka mungkin tidak dapat menjalankan perniagaan kerana tidak akan mendapat sebarang keuntungan. Itulah cabaran yang mereka hadapi.”

Boon berharap kerajaan akan mengambil langkah perlu untuk mengawal harga makanan, mencadangkan Putrajaya mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai import ke atas makanan.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Selangor dan Kuala Lumpur Tan Luan Huat menyuarakan sentimen Boon, menggesa Putrajaya menangani “harga yang melonjak” secepat mungkin.

Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Kopi, Restoran dan Bar Johor Baru Yong Wa Kong berkata industri itu mungkin perlu melalui transformasi untuk terus hidup.

“Sekarang, bukan sahaja kos makanan yang naik dan memberi banyak masalah kepada kita. Gaji pekerja juga.

“Perbelanjaan keseluruhan kami meningkat dengan ketara. Jika kita terus berpegang pada cara semasa menjalankan perniagaan dan menaikkan harga secawan kopi beberapa sen dengan harapan terus bertahan, ia tidak akan menyelesaikan masalah.

“Transformasi perniagaan adalah satu-satunya cara untuk terus hidup,” katanya sambil menunjuk kepada pembukaan “jenis baharu” kedai kopi dan kafe.

Yong berkata cawangan baharu ini, kebanyakannya bergaya dengan konsep tema, “membolehkan mereka menetapkan harga lebih tinggi” pada menu berbanding kopitiam lama.

“Hanya dengan melabur untuk mengubah kopitiam datuk mereka menjadi kedai bergaya yang menarik minat pelanggan baharu, mereka boleh berharap untuk bertahan

Yong berkata kopitiam tradisional sudah ketinggalan.

“Jumlah mereka akan berkurangan secara beransur-ansur kerana mereka akan mendapati ia amat mencabar untuk terus beroperasi dalam menghadapi trend baharu di kedai kopi,” tambahnya. – 7 Oktober, 2023.

 KOMEN

WOIT

INI BERITA PALSU

INI FAKE NEWS

AMIN

WOIT

FAHMI FADIL

SILA HANTAR

KERETA POLIS

KE PEJABAT

PERSATUAN

PENIAGA RUNCIT

AMIN

DAKWA BERI

YANG LAIN JANGAN

BUAT BERITA PALSU

NAK BURUK KAN

KERAJAN MADANI

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: