Selasa, 3 Oktober 2023

SUMPAH NO ANWAR NO DAP


PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan didakwa mereka-reka cerita palsu dengan mendakwa PAS sebagai pengkhianat.

Naib Presiden PAS,  Idris Ahmad membidas Mohamad atau dikenali Tok Mat itu supaya tidak memusingkan fakta untuk menyalahkan parti tersebut dan mengingatkannya berhubung pengkhianatan sumpah “No Anwar, No DAP sebelum ini”.

“Dalam PAU (Perhimpunan Agung) 2020, UMNO menyatakan pendirian, ‘No Bersatu, No Anwar, No DAP”.

“Dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka, UMNO menyatakan pendirian tiada kerjasama dengan Bersatu mahupun PAS. Dalam PRN Johor, UMNO terus angkuh dan memilih bergerak solo.

“UMNO juga menolak penyatuan yang kita tawarkan dalam menghadapi PRU-15 (Pilihan Raya Umum). Kononnya parti keramat terbesar orang Melayu itu mampu bergerak sendiri. Hasilnya, UMNO terciduk ditolak rakyat. Tiba-tiba PAS yang salah?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berjanji kepada akar umbi tiada kerjasama dengan  Anwar Ibrahim dan juga DAP, namun menukar pendiriannya untuk membentuk kerajaan campuran bersama seteru politiknya itu.

Idris berkata, PAS berkorban banyak bagi memastikan perpaduan ummah orang Islam dan Melayu, bagaimanapun UMNO semakin angkuh dan ego.

“UMNO kian terdesak. Terdesak sehingga Tok Mat terpaksa mereka-reka naratif palsu menuduh PAS khianat.

“Pengkhianat inilah yang menghulur tangan waktu UMNO kalah PRU-14. PAS bahkan elak pertembungan kerusi dengan UMNO. Cara nak berkawan.

“PAS mengalah demi Penyatuan Ummah sehingga UMNO menang satu demi satu PRK. Demi kawan. Bagi PAS, kejayaan Penyatuan Ummah lebih mahal. PAS mengalukan semua yang ingin berkawan atas dasar Penyatuan Ummah.

“Syarat PAS mudah, Penyatuan Ummah ini perlu disertai semua parti Melayu dan bukan-Melayu yang tidak ekstrem,” ujarnya lagi.

Tegas Idris lagi, UMNO ditolak rakyat kerana pemimpin mereka yang lupa diri dan hanya mementingkan diri.

“Sedangkan UMNO memilih untuk tetap mengalir dalam air yang keruh sehingga sanggup bersama PH-DAP.

“Sedarlah. UMNO bukan kalah kerana PAS tetapi kerana pimpinan UMNO yang lupa diri. Kerana Presiden UMNO yang pentingkan diri. Ahli UMNO perlu sedar perkara ini,” ujarnya.

INI SUMPAH SUMPIT

LADA API

MAK KAU BUNCIT

DI BAHAN BENGKALI

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: