Khamis, 9 November 2023

NILAI RINGGIT TERUS JATUH



Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kebimbangan yang kian meningkat terhadap prospek masa depan bagi kadar dana Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi ringgit menyusut nilai kepada 4.6905/6955 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Rabu 4.6800/6860.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang kelihatan tidak menentu sejak dua hari lepas kerana peserta masih tidak pasti mengenai prospek kadar dana Rizab Persekutuan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan pada 12-13 Disember.

“Sementara itu laporan indeks harga pengguna (IHP) AS minggu depan pada 14 November akan dipantau dengan teliti. Setakat ini, IHP Teras turun kepada 4.1 peratus tahun ke tahun pada September 2023 daripada setinggi 6.6 peratus pada September 2022,” katanya.

Dalam pada itu ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1071/1106 daripada 3.1045/1087 pada penutupan dagangan Rabu rendah berbanding euro kepada 5.0207/0261 daripada 4.9917/9981 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7595/7656 daripada 5.7321/7394 semalam.

Berbanding mata wang Asean yang lain ringgit turut bergerak rendah.

Nilai mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4573/4612 daripada 3.4493/4540 dan rendah berbanding baht Thai kepada 13.2019/2223 daripada 13.1453/1670 sebelumnya.

Ringgit turut merosot nilai berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.40 daripada 8.35/8.37 dan lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.6/300.1 daripada 298.9/299.5 semalam. – Bernama, 9 November, 2023.



WOIT

WAT IS DE

BEKOS

AMIN

APAKAH AKAN

JADI

RINGGIT RAHMAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: