Rabu, 22 November 2023

RAKYAT MAKIN BENCI PADA MADANI




Ramai tidak puas hati dengan kerajaan Anwar, kata tinjauan
HAMPIR separuh daripada mereka yang ditinjau mengenai prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan rasa tidak puas hati.

Tinjauan Merdeka Centre yang diadakan dari 4 hingga 24 Oktober melibatkan 1,220 pengundi semua etnik di seluruh negara menunjukkan 41% daripada mereka tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan Persekutuan manakala 7% melahirkan kemarahan.

Berdasarkan etnik, Melayu merupakan responden tertinggi (60%) yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Anwar diikuti India sebanyak 52%.

Tinjauan mendapati kebanyakan responden dari kawasan bandar, luar bandar di semenanjung turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Persekutuan.

Mengikut kumpulan pendapatan mereka yang mempunyai julat gaji di bawah RM4,000 adalah yang paling tinggi menyuarakan keluhan mereka kepada kerajaan semasa.

Berbanding rasa tidak puas hati, 4% pengundi menyatakan mereka gembira dengan kerajaan Anwar, manakala 11% sama ada enggan menjawab atau menyatakan tidak tahu.

“Pada pandangan kami pergerakan dalam sentimen pengundi sebahagian besarnya didorong oleh kebimbangan mereka terhadap ekonomi dan bagaimana ia memberi kesan kepada mata pencarian mereka,” kata Merdeka Center dalam satu kenyataan berdasarkan hasil tinjauan itu.

Pada 19 November tahun lalu Malaysia mengadakan PRU yang menyaksikan tiada satu pun daripada tiga gabungan besar – Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional dapat membentuk kerajaan.

Ini membawa kepada Parlimen yang pertama digantung di negara ini. Selepas beberapa kali pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, PH memutuskan untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN serta parti Sabah dan Sarawak.

Ini memberikan Anwar sokongan 148 ahli Parlimen dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun.

Beliau kini mendapat majoriti lebih kuat di Parlimen dengan 151 ahli Parlimen menyokongnya termasuk empat daripada Bersatu. – 22 November, 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

APA NAK CAKAP

APA NAK ROYAK

KAH KAH KAH

MADANI DAH

JADI MAHAL DAHNI

KAH KAH KAH

BOLEH BERTAHAN

BERAPA LAMA

KALAU DILIHAT

DAH GAGAL

JENG JENG JENG

PUTAR JANGAN

TAK PUTAR

KAH KAH KAH

KELENTONG JANGAN

TAK KELENTONG

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pulak sangat puas hati dengan kerajaan madanon.. lagi bodoh madanon ni lagi bagus.. sebab libih tumbangkan kerajaan madanon.. segala kebodohan dan kebebalan kerajaan madanon ini amat2 dialu-alukan. amin

Tanpa Nama berkata...

Tak kira kerajaan mana sekalipun sama saja perangai orang-orang politik ini, fikir tengkuk sendiri dahulu, sembang kari siang malam formula atas bawah semuanya ke laut, sebab apa begitu? Sebab utama sudah jadi bonsai sekian lama dibawah naungan United Gerombolan Sdn Bhd lah kah kah kah, asal usul sama kerana Mahathir Anak Mohamad telah mengatur negara paling lama, memilih pengganti pun semuanya kaki songlap, selepas itulah mula menghenjut sampai terbarai semua sekali, sekarang pun masih tak puas-puas lagi sampai hancur belaka, semuanya tak betul kecuali Mahathir Anak Mohamad seorang dalam dunia kah kah kah