Selasa, 21 November 2023

RAMAI WARGA KENA TIPU



109 rakyat Malaysia dilapor terkandas di Laukkaing, Myanmar

SERAMAI 109 orang warganegara Malaysia dilaporkan terkandas di bandar Laukkaing, utara Myanmar susulan pergolakan yang berlaku di wilayah itu, menurut Kementerian Luar Negeri.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata kebanyakan rakyat Malaysia itu dipercayai terdiri daripada mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara. 

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Beijing dan Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming sedang menyelaras usaha menyelamat bersama Kementerian Luar Negeri Republik Kesatuan Myanmar dan Republik Rakyat China sebelum memuktamadkan urusan membawa pulang kesemua rakyat Malaysia berkenaan dengan selamat. 

“Usaha itu turut mendapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kementerian Luar Negeri terus meningkatkan usaha bagi menangani masalah warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang berminat  mendapatkan pekerjaan di luar negara diingatkan supaya berhati-hati dan mengesahkan bidang atau bentuk kerja yang ditawarkan. 

Rakyat Malaysia di Myanmar yang memerlukan bantuan dan pertanyaan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Yangon yang beralamat di No. 82, Pyidaungsu Yeiktha Road Dagon Township, 11191 Yangon.

Mereka boleh menghubungi talian 00 951 220 230 / 220 248 / 220 249 00 959 772 220 230 (selepas waktu pejabat) ataupun E-mel: mwyangon@kln.gov.my. – Bernama, 20 November, 2023.


MASANYA TELAH

SAMPAI UNTUK

SKMM BUAT

KERJA

AMIN

BUKAN HANYA

TUTUP TIK TOK

AMIN

BUAT KEMPEN

BESAR BESARAN

KESEDARAN TIPU

DALAM INTERNET

AMIN

KEMPEN

DALAM AKHBAR

DALAM RADIO

DALAM PORTAL

BUAT POSTER

BUAT PAPAN IKLAN

TAMPAL MERATA

AMIN

PANDANG

KIRI NAMPAK

PANDANG KANAN

NAMPAK

AMIN

PANDANG DEPAN

NAMPAK 

PANDANG BELAKANG

NAMPAK

AMIN

BUKA MATA NAMPAK

BUKA TELINGA

 DENGAR

BAHAAY TIPU

DALAM INTERNET

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: