Jumaat, 1 Disember 2023

AMPUNKAN NAJIB ?



Belum ada maklum balas permohonan pengampunan Najib – Shafee

KUALA LUMPUR – Peguam  Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas sejak permohonan pengampunan diraja terhadap Najib Razak dibuat 10 bulan lalu.

Sehubungan itu, beliau akan mengemukakan surat kepada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) untuk mengingatkan perkara tersebut.

“Secara sopan kita akan membangkitkan perkara itu agar dipersembahkan untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong.

“Kita akan buat esok,” katanya seperti dipetik daripada podcast Keluar Sekejap kendalian bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang disiarkan hari ini.

Sebelum itu, Khairy meminta Muhammad Shafee berkongsi perkembangan terkini berhubung proses permohonan pengampunan diraja untuk Najib.

Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan telah memfailkan permohonan pengampunan diraja setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara itu serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah dalam kes melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sementara itu, Muhammad Shafee memberitahu, Najib telah membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah.

Menurut beliau, Najib kini mula menulis tesis dan beroleh bahan bacaan yang dibawa oleh pembantunya setelah melepasi tapisan pihak penjara.

“Saya gembira melihat beliau melakukan sesuatu,” jelasnya.

Muhammad Shafee turut menafikan desas-desus kononnya Najib tidak berada di dalam Penjara Kajang untuk menjalani hukumannya.

“Beliau berada di dalam penjara tetapi atas isu keselamatan, beliau diasingkan sebab kalau beliau bersama-sama dengan orang lain, apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

WOIT

PASAI APA NAK

AMPUN NAJIB

AMIN

 KES  MATI

ALTANTUYA

KES MATI KEVIN

KES MATI PI BALA

KES MATI NEJAD

JENG JENG JENG

SEMUA CAMPUR

ADUK DENGAN

1MDB KAPAL SELAM

AMIN

SEMUA ADA

NAJIB JADI LATAR

KHALAS

Tiada ulasan: