Jumaat, 8 Disember 2023

BEBASKAN KETUM !!!



Lelaki tak serik edar ketum ditangkap kali kedua


SUNGAI PETANI: Seorang pengedar ketum ditahan buat kali kedua bersama 1,190 kilogram (kg) daun itu di Kilometer 80, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur masuk Hentian Rehat dan Rawat Gurun di sini, malam tadi.

Suspek berusia 35 tahun ditahan bersama seorang rakannya yang juga berumur 35 tahun ketika membawa muatan daun ketum yang dianggarkan bernilai kira-kira RM23,800.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, lori dinaiki mereka ditahan kira-kira pukul 9.30 malam sebelum pemeriksaan menemukan 170 bakul berisi daun ketum yang dibawa dari Padang Terap untuk diedarkan ke kawasan barat Semenanjung.

“Kejayaan ini hasil risikan pegawai dan anggota Kompeni D, Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam yang mengekori lori jenis Isuzu terbabit sebelum menahan kedua-dua suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kenderaan dan daun ketum terbabit disita dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati dua suspek itu telah menjadi ‘runner’ kepada seorang lelaki tempatan berbangsa Siam sejak awal bulan ini.

“Mereka menerima upah sebanyak RM1,000 seorang untuk satu perjalanan mengedar daun ketum itu ke bahagian Barat Semenanjung Malaysia,” katanya.  

Menurut Zaidy, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, manakala rakannya tidak mempunyai rekod lampau dan keputusan saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif.

“Kedua-dua mereka direman selama empat hari bermula hari ini hingga 11 Disember untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3) akta tersebut,” katanya. -
 

MASANYA DAH

SAMPAI UNTUK

BEBASKAN KETUM

DARI 

BAGINDA QUEEN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: