Isnin, 11 Disember 2023

CUKONG NAIK TOCANG



Ti Lian Ker pertikaikan hak istimewa kaum Melayu – Puad

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker yang mempertikaikan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera pada Januari depan didakwa menyinggung orang Melayu, apatah lagi ada unsur perkauman dan menghasut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Mohd Puad Zakarshi turut mendakwa Lian Ker biadap kerana menuduh biasiswa, syarikat milik kerajaan (GLC), penjawat awam dan kontrak dimonopoli oleh Melayu.

“Dia mempertikaikan hak istimewa kaum Melayu.  Apa muslihat dia mempersoal hak orang Melayu untuk maju.

“Apakah Tian Lian Ker menafikan pihak lain termasuk NGO Cina turut menganjur kongres, seminar, forum dan bengkel berulang kali?,” soal Puad.

Puad berkata, kenyataan Lian Ker itu bernada orang kecewa selepas kalah jawatan Naib Presiden MCA di pemilihan lepas.

Mengulas lanjut, Puad berkata, sejak Kongres Ekonomi Bumiputra yang pertama pada tahun 1965, sudah tiga kali Kongres diadakan.

“Adakah tiga kali kongres dalam tempoh 58 tahun dianggap sia-sia dan mana logik satu kali kongres boleh menyelesaikan masalah selama lamanya. Kenapa cetek pemikiran ahli dewan “The Upper House” ini?,” katanya yang menempelak kenyataan Lian Ker.

Lian Ker ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Negara meminta kerajaan tidak meneruskan program berkenaan sebaliknya menganjurkan kongres ekonomi yang menguntungkan keseluruhan rakyat.

Bekas Naib Presiden MCA itu berkata, sudah tiba masa Kongres Ekonomi Bumiputera tidak lagi dibuat bagi meraih keuntungan politik atau dijadikan sebagai platform pihak oportunis mengambil kesempatan.

Kata beliau, ia bukan langkah untuk menidakkan hak orang Melayu tetapi setelah lebih 50 tahun, negara masih lagi mengadakan majlis Kongres Ekonomi Bumiputera bersiri-siri yang gagal mencapai matlamat.

Namun, kata Puad, apabila diadakan tiga kali kongres dalam tempoh 58 tahun bukan bermakna kongres itu gagal sebaliknya ada dua tujuan kenapa kongres dibuat cara bersiri.

Pertama penambahbaikan kepada institusi yang lahir daripada kongres tersebut. Kongres Pertama 1965 melahirkan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Mara kemudian melahirkan Institut Teknologi Mara (ITM) yang kemudian melahirkan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kedua kongres itu boleh memikirkan apa lagi institusi baru orang Melayu yang boleh diwujudkan untuk memantapkan lagi agenda Melayu.

Di Kongres Ekonomi Bumiputra ketiga, ada cadangan wakaf diurus secara profesional untuk memperkasakan ekonomi Bumiputra dan lahir Wakaf Annur KPJ dan ia amat berjaya.

“Ini pertanyaan mudah untuk Ti Lian Ker. Apakah dengan satu seminar pelaburan dalam tempoh 66 tahun negara merdeka maka isu FDI telah selesai?,” tanya Puad lagi. 


APABILA 

PERDANA MENTERI

BUKAN DARI

PARTI MELAYU

MAKA CUKONG

NAIK TOCANG

AMIN

INI BAHAYA BESAR

KERANA SEKARANG

 ADA

1.2 JUTA CHINA

DAH LESAP TAK

PULANG

 KE NEGARA ASAL

AMIN

LAGI PINTU DIBUKA BERJUTA LAGI

AKAN MASUK

AMN

APAKAH  

BANI MELAYU

 TAK SEDAR

AMIN

KHALAS 

Tiada ulasan: