Sabtu, 2 Disember 2023

KOBID MENYERANG SEKALI LAGI




Jangkitan Covid-19 di Singapura meningkat 2 kali ganda, lapor media


TERDAPAT peningkatan ketara terhadap jangkitan Covid-19 di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini sekali gus menggesa rakyat di republik itu untuk mendapatkan suntikan terkini vaksin mereka, lapor Channel News Asia.

Menurut portal berita itu, jumlah jangkitan Covid-19 di Singapira dianggarkan meningkat dua kali ganda kepada 22,094 kes pada 19 hingga 25 November, berbanding 10,726 kes pada minggu sebelumnya.

“Purata kemasukan ke hospital bagi kes Covid-19 dan ICU kekal stabil,” menurut kementerian itu.

Menurut MOH, peningkatan jangkitan mungkin disebabkan oleh faktor seperti musim melancong akhir tahun dan imuniti penduduk yang semakin berkurangan.

Varian EG.5 dan sub-variannya HK.3 kekal sebagai subvarian utama di Singapura, menyumbang lebih 70% kes yang dilaporkan.

“Ketika ini, tiada petunjuk subvarian utama lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk berbanding varian lain yang tersebar,” menurut MOH.

Menyedari peningkatan penyakit pernafasan di negara-negara hemisfera utara sewaktu musim sejuk, kementerian itu berkata keseluruhan penyakit pernafasan di republik itu kekal stabil sejak sebulan lalu.

“Tiada tanda-tanda peningkatan penyakit pernafasan yang teruk, termasuk pada kanak-kanak,” tambahnya.

China, yang menyaksikan lonjakan “penyakit seperti influenza” sejak pertengahan Oktober, berkata lonjakan itu disebabkan penamatan sekatan perjalanan Covid-19 dan penularan patogen diketahui, iaitu influenza dan jangkitan bakteria biasa yang menjejaskan kanak-kanak, termasuk radang paru-paru mycoplasma.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pihak berkuasa China berkata mereka tidak mengesan sebarang “patogen luar biasa atau baru” di utara negara itu.

Kementerian Kesihatan Singapura menyatakan setakat ini, badan induk kesihatan dunia itu sudah menyatakan wujud trend peningkatan penyakit pernafasan tidak dijangka disebabkan bermulanya musim sejuk.

MOH menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan suntikan terkin vaksin Covid-19 mereka, mengesyorkan dos tambahan sekitar satu tahun selepas dos vaksin terakhir untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas, individu yang terdedah dari segi perubatan serta penghuni pusat penjagaan warga emas.

“Di luar kumpulan ini, semua individu berumur enam bulan dan ke atas juga digalakkan untuk menerima dos tambahan, terutamanya untuk pekerja penjagaan kesihatan dan ahli isi rumah/penjaga individu yang terdedah dari segi perubatan,” tambah kementerian itu.

“MOH terus memantau situasi global dan tempatan dengan teliti. Dengan bermulanya musim puncak untuk melancong ke luar negara, MOH ingin mengingatkan semua pengembara supaya berwaspada dan mengamalkan langkah berjaga-jaga.”

Rakyat republik itu boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Saringan Bersama dan Vaksinasi. Mereka juga boleh mendapatkan suntikan di pusat perubatan tersebut. – 2 Disember, 2023.

AWAS

SEDIA JAGA JAGA

KOBID DATANG

MENYERANG

SEKALI LAGI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: