Ahad, 24 Disember 2023

MAMU PANGGIL KELING - KEEELING


MIC terima permohonan maaf Anwar berkait istilah 'keling'


MIC menerima permohonan maaf Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana menggunakan istilah “keling” yang beliau gunakan semasa program bersama mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Khamis lepas, kata M Saravanan.

Timbalan presiden MIC itu bagaimanapun berkata insiden itu harus dijadikan pengajaran oleh semua pemimpin di negara ini.

“Ini perlu menjadi pengajaran kepada semua pemimpin supaya tidak menyentuh sensitiviti agama kaum lain di negara ini.

“Saya telah menerima pertanyaan daripada media, ahli-ahli parti dan masyarakat India Malaysia berhubung perkataan keling yang perdana menteri gunakan pada sebuah forum.

“Video perdana menteri merujuk kepada bahasa Tamil sebagai ‘bahasa Keling’ telah tersebar secara meluas dan mencetus keresahan dalam kalangan masyarakat India Malaysia,” kata Saravanan dalam kenyataan hari ini.

Walaupun Anwar semalam menjelaskan penggunaan istilah “keling” yang beliau gunakan hanyalah merujuk kepada petikan daripada buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, namun perkataan itu sepatutnya dielakkan kerana dianggan sebagai satu penghinaan oleh masyarakat India.

“Walaupun perdana menteri mungkin tidak mempunyai niat jahat menyebut perkataan itu, ia sudah tentu mengguris perasaan masyarakat yang telah menyokong kerajaan pada pilihan raya umum lalu.

“Saya secara peribadi telah menghantar mesej kepada perdana menteri berhubung isu dan menyampaikan rasa tidak puas hati kaum India Malaysia terhadap insiden tersebut, dan berharap kejadian sebegitu tidak berulang terutamanya daripada perdana menteri,” katanya.

Dalam penjelasannya semalam, Anwar menekankan bahawa tidak bermaksud untuk menghina mana-mana pihak.

Beliau berkata istilah “keling” itu diambil daripada buku Hikayat Hang Tuah yang menceritakan Hang Tuah mempunyai penguasaan bahasa yang banyak termasuk bahasa Melayu, bahasa Arab, Siam dan bahasa Keling yang diambil daripada istilah kalinga.

“Sekarang, istilah keling tidak disenangi banyak pihak, jadi saya tak gunakan. Saya cuma (ambil) quotes dalam buku itu.

“Kalau ada yang salah faham, saya minta maaf, bukan niat saya. Saya orang terakhir yang melontarkan ekspresi menghina kaum dan agama,” katanya pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di Putrajaya semalam. – 24 Disember, 2023.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

MAMU PANGGIL

KELING

KEEELING

KAH KAH KAH

INI LAWAK

AKHIR TAHUN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lu tau tak kat india.. keling.. depa letak nama stadium hoki.. kah kah kah