Isnin, 4 Disember 2023

MELAYU TAK SOKONG KERAJAAN ANWAR


PRK Kemaman: Bukti rakyat, pengundi Melayu tolak gabungan UMNO, DAP – Jasri


KUANTAN: Kemerosotan undi diperoleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman semalam membuktikan rakyat terutama pengundi Melayu menolak gabungan UMNO dan DAP dalam kerajaan Perpaduan ketika ini.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Maran,  Jasri Jamaludin berkata, keputusan itu juga satu referendum rakyat terhadap kerajaan Madani dan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim.

“Ia juga merupakan isyarat jelas penolakan rakyat kepada kerajaan Perpaduan diterajui Anwar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam PRK itu semalam, calon Pas,  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar menang dengan majoriti besar 37,220 undi apabila memperoleh 64,998 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, 27,778 undi.

Seramai 65.76 peratus atau 92,776 pengundi daripada 141,790 pemilih berdaftar turun menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK Parlimen Kemaman.

Mengulas lanjut, Jasri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul berkata, rakyat Parlimen Kemaman membuat keputusan tepat apabila memilih Ahmad Samsuri sebagai wakil rakyat di situ.

“Tahniah Kemaman, pilihan yang tepat dengan majoriti jauh melebihi sasaran,” katanya. – 

MELAYU TAK

SOKONG 

PERMAIDANI

OPPS... SILAP

MADANI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: