Selasa, 5 Disember 2023

ROMBAKAN KABINET ?



PM tidak perlu tunggu pemilihan Amanah untuk rombak Kabinet, kata Khalid Samad

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu pemilihan Amanah untuk menentukan calon sesuai dari parti itu bagi merombak kabinet, kata Khalid Samad.

Pengarah Komunikasi Amanah berkata Anwar sudah boleh menimbang lima nama pemimpin utama parti itu yang diserahkan kepadanya tiga bulan lalu untuk mengisi kekosongan jawatan selepas kematian Salahuddin Ayub.

Lima nama itu ialah naib presiden Adly Zahari (Ahli Parlimen Alor Gajah) dan Mujahid Yusof (senator), ketua pemuda Hasbie Muda (senator), ketua wanita Aiman Athirah Sabu (Ahli Parlimen Sepang), dan ahli jawatankuasa nasional Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor).

“Saya fikir tidak perlu Perdana Menteri hendak tunggu selepas pemilihan Amanah untuk isi jawatan kosong menteri kerana jumlah ahli Parlimen dan senator dalam kalangan parti itu bukan ramai sangat,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Amanah akan mengadakan pemilihan parti pada konvensyen nasional yang akan diadakan di Klang pada 23 dan 24 Disember.

Pemilihan itu akan menentukan 27 ahli jawatankuasa pimpinan nasional yang kemudian akan memilih barisan kepimpinan parti.

Minggu lalu, Anwar memberi bayangan rombakan kabinet mungkin akan dibuat sebelum hujung tahun.

Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kini dipangku oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali sejak 30 Julai, selepas Salahuddin meninggal dunia.

Salahuddin, yang juga timbalan presiden Amanah, meninggal dunia pada 23 Julai.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Nasional Amanah Mohd Sany Hamzan tidak menolak kemungkinan pemilihan parti itu hujung bulan ini boleh menentukan kuota Amanah untuk mengisi kekosongan Kabinet.

Bagaimanapun beliau mengingatkan ia adalah hak prerogatif perdana menteri.

“Itu bidang kuasa perdana menteri. Beliau boleh lantik sesiapa sahaja pada bila-bila masa, namun mungkin juga keputusan pemilihan Amanah akan dijadikan salah satu pertimbangan,” katanya. – 5 Disember, 2023.

ADA MAINAN

POLITIK DISINI

KAH KAH KAH

DR ZUL TERBAIK

TAPI SOSOK 

BERANI BERSUARA

BIJAK DAN BERILMU

AMIN

SOSOK MACAM NI

ABONG NON

TAK MINAT

KAH KAH KAH

TUNGGU MUJAHID

YES MAN

KALAHKAN 

MAT SABU

AMIN

SATU MASA DULU

SABU PANGGIL

ANWAR AL-JUBURI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: