Kapal Israel disekat berlabuh di Malaysia
PUTRAJAYA - Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM disekat dan tidak dibenar berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.
Tegas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.
"Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa empat minggu dari sekarang," kata Anwar menerusi kenyataan pada Rabu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan