Rabu, 6 Disember 2023

SIRUL AKAN DITANGKAP SEMULA


Australia lulus undang-undang baharu, Sirul mungkin ditahan semula

BEKAS polis Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh boleh ditahan semula selepas Parlimen Australia meluluskan undang-undang tahanan pencegahan, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang penahanan imigresen tanpa had adalah satu kesalahan.

Undang-undang diluluskan Dewan Negara itu, bertujuan menangkap semula sejumlah 148 bukan warganegara, sebahagian daripadanya penjenayah, yang dibebaskan bulan lepas susulan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Sirul yang disabitkan kesalahan membunuh di Malaysia, adalah antara mereka yang dibebaskan bulan lepas.

Menurut laporan di Australia, undang-undang terbaharu itu membolehkan kerajaan meminta mahkamah menangkap semula tahanan sehingga tiga tahun jika mereka sebelum itu disabitkan dengan jenayah kekerasan atau seksual yang boleh dikenakan hukuman maksimum sekurang-kurangnya tujuh tahun.

Bagaimanapun, ia hanya boleh dilakukan jika hakim bersetuju terdapat kebarangkalian tinggi mereka akan melakukan kesalahan lain. – 6 Disember, 2023

WOIT

JIKA SIRUL BIJAK

SEKARANG MASANYA

UNTUK BUKA

SEMUA CERITA

AMIN

TAK PERLU SOROK

BERI TAHU 

SAPA BERI ARAHAN

BUNUH ALTANTUYA

AMIN

SAPA BERI DUIT

SATU JUTA UNTUK

TUTUP MULUT

AMIN

APA 

PERANAN NAJIB

APA PERANAN

RAZAK BAGINDA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: