Sabtu, 9 Disember 2023

ZAHID TERUS PIMPIN UMNO


Jangan sampai kecam, rosakkan parti dari dalam – Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO tidak pernah menghalang, jauh sekali menyekat kebebasan bersuara dalam kalangan pimpinan dan ahlinya.

Presidennya,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun UMNO tidak akan membenarkan kebebasan bersuara itu disalahgunakan hingga merosakkan parti.

“Yang penting kita melayani perbezaan pendapat, tetapi jangan sampai mengecam parti dari dalam dan merosakkan parti,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pelancaran MyNext TVET dan Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama (MoC) Transformasi TVET antara Kerajaan dengan GLC dan syarikat swasta di pekarangan Stadium Bukit Jalil, di sini.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.

Ahmad Zahid tidak menafikan terdapat beberapa individu di dalam UMNO yang cuba merosakkan parti itu sejak 2018.

“Kenyataan Setiusaha Agung UMNO itu sangat mempunyai kebenaran.

“Ini kerana sejak 2018, kita telah menyaksikan pelbagai watak dalaman yang telah menjalankan kerja-kerja seperti tikus membaiki labu,” katanya.

Katanya, UMNO kini giat menambahbaik kerosakan yang berlaku di dalam parti dengan menerapkan semangat berpasukan dalam kalangan pemimpin dan ahli muda

“Apa yang sedang dilakukan Majlis Latihan dan Perkaderan UMNO adalah untuk menyuntik latihan-latihan berbentuk baharu.

“Ia bagi menerap bukan sahaja semangat tapi rasa kerja sepasukan dalam kalangan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO.

“Kita mahu tenaga muda ini yang berada sama ada di dalam Puteri atau Pemuda UMNO terus menyumbang,” katanya.

Selain itu, UMNO turut giat membuka keahlian secara terus menerusi permohonan dalam talian.

“Kita juga telah membuka keahlian melalui permohonan atas talian.

“Kami tiada masalah dari segi memperolehi ahli-ahli muda dan baharu,” katanya lagi. – 


WOIT

BETUL

JANGAN DENGAR

KOMEN ORANG

LAIN TERUSKAN 

PIMPIN UMNO

AMIN

INI CARA TERBAIK

UNTUK

SELAMATKAN

MALAYSIA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: