Sabtu, 13 Januari 2024

BOM MOLOTOV ATAU BOM NUKELEAR


Seorang lelaki ditahan berhubung kes lontar molotov cocktail ke rumah Ngeh 

POLIS menahan seorang lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi Rabu lepas.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berumur lingkungan 30-an yang ditahan di kawasan Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 4 pagi tadi, kini direman hingga Selasa bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes khianat itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim dengan menelefon 019-3927837 bagi membantu siasatan pihak polis.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan. – Bernama, 12 Januari, 2024.
 

WOIT

TAK JELAS

BOM MOLOTOV

ATAU

BOM NUKELEAR

KAH KAH KAHKHALAS

Tiada ulasan: