Mansuhkan dulu pencen wakil rakyat – Akmal
KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan bayaran pencen kepada wakli rakyat dimansuhkan lebih dahulu sebelum ia dilaksanakan ke atas kakitangan awam baharu.
Ketuanya Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, adalah tidak adil jika pelaksanaan itu hanya dikuatkuasakan terhadap pengambilan baharu kakitangan kerajaan.
Justeru atas prinsip kepimpinan melalui tauladan, semua wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang perlu bersetuju dengan cadangan tersebut.
“Kita memahami tekanan kewangan yang sedang ditanggung oleh kerajaan ketika ini
“Tetapi biarlah pemansuhan skim pencen ini dimulakan oleh wakil-wakil rakyat terlebih dahulu Tidak adil jika kita mansuhkan pencen mereka tetapi kita pula menikmati pencen sehingga mati
“Tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat! Kerana kami percaya atas prinsip kepimpinan melalui tauladan,” katanya dalam kenyataan ringkas.
Kabinet dilaporkan telah bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baru kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.
Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu pengumuman mengenai tempoh dan tarikh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, jumlahnya akan mencecah RM120 bilion setahun.
Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baru kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.
Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di KWSP.
3 ulasan:
MP Putrajaya Radzi Jidin geng kau kalu bagi balik duit dia dan binisakaw projek2 Kat Kem. Pendidikan dulu boleh le bayar pencen gomen.
sebelum rakyat patut yang tunjuk contoh adalah kepala kepala dulu.. kepada yb yang berhormat jadilah yang berhormat bukan jadi yang bahalol.. terima kasih
TT, memang patut mansuhkan pencen YB YB menteri menteri, berapa ramai YB YB yang betul betul berkhidmat untuk rakyat, tambah lagi sekarang ni dalam kepala hotak mereka hanya nak kan kuasa dan jawatan, yang pihak pembangkang nak tumbangkan kerajaan, yang pikah kerajaan nak jaga jangan kerajaan tumbang, berapa kerat je YB YB yang betul betul memikirkan hal rakyat dan negara, sesetengah YB YB masa sidang parlimen pun ponteng, patut elaun kehadiran sidang parlimen dibayar RM 1.00 satu minit, ini ada yang datang 30 minit dapat elaun penuh adil ke tu?
Catat Ulasan