Khamis, 25 Januari 2024

MARAH TAKDA PENCEN


Kalau mansuh pencen, lebih baik kerja sektor swasta – Razali

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan memutuskan penjawat awam baharu berstatus tetap tidak berpencen akan menyebabakan negara berdepan kekurangan penjawat awam dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Dengan memberikan contoh, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Razali Idris berkata, ketika ini Kementerian Kesihatan mempunyai kira-kira 250,000 kakitangan awam dan bilangan itu pasti akan menyusut.

“Bakal pembantu perubatan, bakal jururawat, bakal ahli farmasi dan x-ray serta bakal doktor lebih bersedia berkhidmat di klinik dan hospital swasta serta di luar negara.

“Kementerian Pendidikan mempunyai kira-kira 503,000 kakitangan terutama guru yang sentiasa berkorban demi anak bangsa tetapi bayangkan akan berlaku kekurangan bagi tempoh 10 tahun mendatang kerana tawaran kontrak dan tidak berpencen,” katanya menerusi hantaran di Faceook beliau, hari ini.

Menurut Razali lagi, mengambil tanggungjawab yang semakin mencengkam ini, Perikatan Nasional (PN) bersedia dan bersama kira-kira 2.3 juta penjawat awam termasuk anggota pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), tentera dan polis menjadikan isu itu sebagai agenda nasional yang perlu dipertahankan secara bersama.

Semalam, Kabinet bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Timbalan Perdana Menteri,  Zahid Hamidi berkata, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan yang baharu dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebelum ini, perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,  Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi satu pekeliling yang dikatakan bakal mengukuhkan sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata, ia merupakan satu mimpi ngeri yang akan terus menghantui penjawat awam.

Ujarnya, belum sempat isu pengambilan penjawat awam baharu hanya diberikan secara kontrak, kerajaan Perpaduan ala Madani kini membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

“Pemikiran hebat di luar kotak barisan Kabinet PMX, tahniah diucapkan tetapi, takziah buat barisan penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

“Kalau sudah berkontrak dan tidak berpencen, lebih baik bekerja dalam sektor swasta yang jauh lebih baik.

“Apa sebenarnya direction (arahan) atau hala tuju kerajaan Perpaduan yang semakin menipis tindak tanduk dalam keputusan yang besar ini?” katanya. 

SEMUA TOLAK

KES PENCEN

PENJAWAT AWAM

JENG JENG JENG

SOALAN NYA APA

NAK BUAT UNTUK

BATAL PROJEK INI

JENG JENG JENG

CAKAP SAJA

TAK GUNA

AMIN

SUSUN ATUR

TURUN KE JALAN

BARU SUCI

BARU JUJUR 

BARU MEMIMPIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus! Kurangkan budaya biawak hidup. Rakyat sangat terbeban dengan biawak pencen ini. Bagi perubatan free sudah le.