Jumaat, 12 Januari 2024

SIASAT KHOO HAM YB DAP


Koo Ham tak boleh buat tuduhan melulu – Gerakan


Koo Ham patut insaf, bukan tuduh orang lain – Hamzah


Pemuda PN, Pas buat laporan polis kekang kenyataan Ngeh – Fadhli


KAJANG – Pemuda Perikatan Nasional (PN) hari ini membuat laporan polis bagi menutup fitnah jahat berkaitan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang cuba mengaitkan kes kebakaran kediamannya dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Dewan Pemuda Pas, Fadhli Shaari berkata, kenyataan Koo Ham itu dilihat cuba mendahului pihak polis dengan mengesyaki insiden itu didalangi PN dan Pas.

“Beliau mendahului siasatan pihak polis dengan meletakkan syak bahawa pelaku yang terdorong kononnya daripada Pas dan PN yang tidak setuju dengan kenyataan beliau.

“Ini berikutan cadangan beliau supaya diletakkan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Mengkaji Kompetensi DUN Dalam Menggubal Undang-Undang Syariah.

“Sebab itu kami datang untuk membuat laporan polis supaya kenyataannya itu disiasat,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, siasatan awal di tempat kejadian menemui satu botol disyaki ‘olotov cocktail yang dipercayai dibaling ke kediaman Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung, Perak.

Pada kejadian jam 2.55 pagi itu, Mercedes Benz E300 milik Koo Ham musnah terbakar, dua lagi kereta dan syiling di perkarangan rumahnya turut terbakar.

Dalam pada itu, Fadhli turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri  Saifuddin Nasution Ismail yang melarang sesiapa mendahului siasatan termasuk mengeluarkan persepsi dan sangkaan terhadap mana-mana suspek.

“Ini kerana untuk mengenal pasti suspek dan menjalankan siasatan ini merupakan kuasa pihak polis,” katanya.

Selain itu, PN dan Pas mengucapkan takziah kepada Koo Ham di atas kejadian yang menimpa Ahli Parlimen Beruas itu.

“Kita ingin menyatakan bahawa perbuatan ini adalah tidak boleh diterima dalam negara kita, dalam dalaman demokrasi negara kita pada hari ini.

“Apa juga perbezaan yang berlaku, tidak perlu sampai ke peringkat khianat kepada harta orang lain.

“Kita doakan Ngeh Koo Ham diberikan keadilan, dipermudahkan urusan menuntut insurans dan sebagainya,” katanya lagi. –

SIASAT JANGAN

TAK SIASAT

AMIN

PARTI GERAKAN

PUN WAS WAS

AMIN

SPRM SIASAT

MACAM MANA

ADA 3 KERETA

MEWAH

AMIN

PUNCA DUIT 

DARI MANA?

AMIN

KOREK MACAM

KES TUN DAIM

JENG JENG JENG

POLIS SIASAT

APAKAH ADA

KES DENDAM

DARI KONGSI

GELAP CHINA

JENG JENG JENG

ATAU INI PROJEK

REVERSE SAIKOLOJI

BAKAR SENDIRI

CARI SIMPATI

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boss TALIBAN bagi Amanah Banggol maka terjadi kes Memali.

Hari itu bagi Amanat Parlimen akan bertindak unilateral jika PH tak berjaya kawal dan lawan ancaman kepada Shariaah. Tüp, tup kereta Ngeh terbakar dari Bom buat sendiri Molotov.

Fadzli Mat Sagon TALIBAN kata selamat claim insurance. Lepas itu cukup sensitip buat Polis Report keatas Ngeh.

Macam rasa bersalah je, ini kerja Walaun Shah Alam yang jilat Amanat Parlimen.

Buat arson pun amator dan macam tak pro takut2. Dah kena igat.

2 Handfon pun dah kena rampas, check wallpaper dan last 50 conversation message dalam WhatsApp guarantee tahu dari parti mana yang beria sangat nak tunjuk PMX tak stabil dan huruhara.

Tanpa Nama berkata...

Ntah lu yang campak Molotov haya nak bikin PMX bertanggungjawab kacau, huruhara dan tak stabil.

Gaya lu kaki tadak telor, baling Batu sembunyi tangan.

Atau lu dok cari bahan berancok AMoi ko? Gila bontot.