Selasa, 2 Januari 2024

TENTERA SIMPANAN DIBAWA PULANG



Israel undur lima briged dari Gaza, perang diteruskan 2024

TEL AVIV – Tentera Israel semalam mengundurkan lima briged dari Semenanjung Gaza dalam satu langkah yang menunjukkan bakal berlaku pertempuran yang panjang sepanjang 2024 ini.

Menurut The Times of Israel, pasukan yang panggil balik adalah Briged Armoured ke-460, Briged ke-21, Briged ke-828, Reserve Armored Briged ke-14; dan Briged Pasukan Payung Simpanan ke-551.

Briged yang ditugaskan untuk melatih askar akan kembali ke Gaza untuk menjalankan aktiviti biasa manakala pasukan simpanan akan dibebaskan untuk membantu memulihkan ekonomi Israel.

Pada 21 Disember, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah menarik keluar Briged Golani dari Semenanjung Gaza selepas tewas teruk dalam pertempuran di wilayah Palestin.

Sementera itu jurucakap IDF, Daniel Hagari menjangkakan pertempuran akan berterusan sepanjang tahun dan sedang menyesuaikan kaedah pertempuran untuk perang yang berterusan.

Katanya, tentera Israel sedang membuat pelarasan terhadap penempatannya di Semenanjung Gaza kerana ia menjangkakan perang yang panjang terhadap kumpulan pejuang Hamas.

“Kami sedang menyesuaikan kaedah pertempuran ke setiap kawasan di Gaza, serta pasukan yang diperlukan untuk melaksanakan misi itu dengan cara yang terbaik. Setiap kawasan mempunyai ciri yang berbeza dan keperluan operasi yang berbeza,” katanya.

“Matlamat perang memerlukan pertempuran yang panjang, dan kami bersedia dengan sewajarnya,” kata Hagari.

Beliau berkata, tentera akan menjalankan pengurusan “pintar” pasukan di Gaza, membenarkan pasukan simpanan pulang ke rumah untuk membantu memulihkan ekonomi dan membiarkan tentera yang berdiri teguh berlatih untuk menjadi komander.

“Kami meneruskan latihan pegawai dan komander… selepas pengalaman mereka dalam pertempuran, mereka kembali berlatih dan akan menyertai barisan komander tentera apabila mereka selesai,” kata Hagari.

“Pelarasan ini bertujuan untuk memastikan perancangan dan persediaan untuk 2024. IDF perlu merancang lebih awal, kerana memahami bahawa kami akan diperlukan untuk misi tambahan dan pertempuran berterusan sepanjang tahun akan datang,” katanya.

Israel melaporkan, lebih 500 anggotanya terkorban ketika menjalankan operasi darat di Gaza. – Agensi



KAH KAH KAH

SOLDADU SIMPANAN

DIBAWA PULANG

KAH KAH KAH

SELAMA INI

MEREKA JADI

ULAM UNTUK

GERILA HAMAS

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: