Sabtu, 10 Februari 2024

KAH KAH KAH - APA BUKU MAMAT NI TULIS ?


Bekas Presiden Senat Adam Kadir dicalon Hadiah Nobel Kesusasteraan

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Senat, i Adam Kadir dicalonkan untuk Hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun ini yang merupakan anugerah tahunan berprestij oleh Akademi Sweden.

Ia adalah satu daripada lima Hadiah Nobel yang diwujudkan oleh usahawan Sweden, Alfred Nobel dan telah dianugerahkan setiap tahun sejak 1901 kepada seorang pengarang dari mana-mana negara yang menurut beliau telah menghasilkan karya idealistik yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan.

Bercakap kepada Bernama pada Khamis, Adam mengesahkan pencalonannya dan ia merupakan kali ketiga berturut-turut beliau dicalonkan sejak 2022.

"Mudah-mudahan saya akan bertuah pada (pencalonan) kali ketiga," katanya sambil berseloroh ketika dihubungi.

Adam berkata, beliau telah mengarang 17 buku selain menghasilkan ratusan artikel, esei dan kolum untuk siaran akhbar tempatan dan majalah.

Adam, 81, berkata, berdasarkan peraturan umum, pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan yang lepas mendapat pencalonan tiga kali.

Pencalonan adalah berdasarkan kriteria kerja sepanjang hayat dengan produksi penulisan terkini.

Untuk rekod, tiada penulis Asia Tenggara yang memenangi Hadiah Nobel Kesusasteraan setakat ini.

Rabindranath Tagore dari India adalah warga Asia pertama yang berjaya memenangi anugerah itu pada 1913.

Adam berkata, beliau telah menulis dalam pelbagai genre sejak di bangku sekolah ketika mendapat pendidikan di Sekolah Sultan Abu Bakar, Kuantan dan memenangi pelbagai hadiah di peringkat negeri dan kebangsaan.

Beliau meneruskan aktiviti penulisannya apabila bergelar mahasiswa di Universiti Malaya pada 1960-an dan berjaya menghasilkan novel pertamanya.

Adam memperoleh LLM dalam Undang-Undang Korporat dan Komersial dari University London, MSc dari Ohio University dan AMP dari Harvard University di Amerika Syarikat. - Bernama

WOIT

TAK PERNAH

DENGAR PUN 

NAMA MAMAT NI

KAH KAH KAH

APA GENRE BUKU

DIA TULIS ?

KAH KAH KAH

BERAPA BUKU

DIA TULIS ?

KAH KAH KAH

TIGA KALI

DICADANGKAN

ABIH BOREH

AMIN

SENARAIKAN DULU

NAMA BUKU

KAH KAH KAH

SAYANG SWEDEN

TAK ADA RASUAH

KALAU TIDAK

MAMAT NI

DAH MENANG

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: