Rabu, 21 Februari 2024

KES MATI KENA PANAH BELUM SELESAI



Pendakwaan sudah fail cabar pembebasan Samirah Muzaffar



PUTRAJAYA – Pasukan pendakwaan telah memfailkan permohonan mencabar pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas tuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan pada 8 Februari lepas.

Pejabat Peguam Negara melalui notisnya mengesahkan rayuan itu pada 13 Februari lepas.

Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim serta Datuk Azhahari Kamal Ramli mengekalkan keputusan  Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepaskan dan membebaskan Samirah dan dua remaja lelaki daripada tuduhan membunuh enam tahun lalu.

Vazeer Alam berkata, ia berikutan pihaknya mendapati pasukan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Menurutnya, dalam konteks ini, Mahkamah Tinggi betul dalam penemuan kegagalan dalam menentukan masa kematian mangsa.

Samirah, 48, dua anaknya yang berusia 18 dan 21 tahun, serta seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya di antara jam 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga jam 4 pagi pada 14 Jun 2018.

Pada 21 Jun 2022, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Ab Karim Ab Rahman, melepas dan membebaskan Samirah bersama dua remaja terbabit selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka. 


KES INI PELIK

TALIPON BIMBIT

MELETUP  TERBAKAR

KAH KAH KAH

MATI TEBAKAR

TAPI BOMBA KATA

ADA KESAN

MINYAK PETROL

ATAS KATIL

KAH KAH KAH

LEHER ADA

KESAN PANAH

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: