Isnin, 19 Februari 2024

MAT BELOT NAK TUNJUK GEDEBE



Libat urus tidak temui keputusan laksana penjualan Beras Madani – Barim

KUALA LUMPUR – Sesi libat urus antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan pemain industri padi pagi tadi, tidak menemui sebarang keputusan yang membolehkan kerajaan melaksanakan penjualan Beras Madani.

Sebaliknya, perjumpaan tersebut sekadar mendengar pandangan daripada semua pihak terlibat dalam industri itu tanpa ada jawapan ‘menang-menang’ terhadap apa yang dibangkitkan, kata Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim), Ismail Awang.

Beliau berkata, banyak perkara masih perlu dikaji dan terdapat kelemahan-kelemahan yang wajar diberikan perhatian agar semua pihak berpuas hati terhadap apa yang hendak dilaksanakan.

“Peringkat awal libat urus hanya diberitahu cadangan awal nak perkenalkan Beras Madani 10 kilogram (kg) dengan harga RM30

“Banyak perkara yang belum diputuskan lagi termasuk dari segi harga…yang kedua, dari segi gred beras tu…tu yang jadi persoalan dan tandatanya tadi.

“Misal kata Beras Madani 100 peratus beras import dan dijual dengan harga 10 kilogram RM30, kalau guna beras import bermakna kerajaan kena beri subsidi kepada pemborong atau kepada pembekal beras. Ia samalah macam dulu kerajaan pernah buat program beras nasional.

“Kerajaan beri subsidi kepada beras tempatan. Tetapi, oleh kerana kalau nak beri beras tempatan untuk penuhi program Beras Madani ni saya rasa kerajaan tak mampu nak bagi beras tempatan…sebab kita punya beras ada musim-musim padi di seluruh Semenanjung hanya boleh berdasarkan 45 peratus pengeluaran dan 45 peratus pengeluaran tu bukan keseluruhan komposisi,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi, hari ini.

Sebagai contoh, Ismail berkata, wakil pesawah yang hadir pada sesi libat urus itu bercakap mengenai pengeluaran padi di Kedah yang bergantung kepada cuaca seperti musim panas, keadaan kering serta struktur tanah.

Begitu juga katanya, Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu yang mana mereka terpaksa berdepan risiko banjir dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Jadi, kalau kerajaan nak buat program Beras Madani ni mengguna pakai beras tempatan, ia berkait dengan harga beras tempatan.

“Beras tempatan ni keadaannya untuk 10kg RM26…tetapi, kalau Beras Madani ni nak diisi dengan beg plastik 10kg dia nak jual beras tempatan RM30 rakyat mesti memberontak.

“Kos sara hidup dahlah meningkat kerajaan nak naik pula harga beras daripada RM26 kepada RM30 memang tak bolehlah…itu melibatkan pendapatan golongan B40 dan M40,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ismail menegaskan, wakil peruncit yang turut hadir pada sesi libat urus berkenaan turut memberikan pandangan masing-masing apabila kurang bersetuju dengan cadangan menggunakan beras import sebagai Beras Madani.

Katanya, rata-rata berpandangan tidak akan mendapat untung sekiranya langkah itu dibuat kerana satu tan beras import harganya RM3,200 dan sudah pastinya tidak boleh dijual pada harga RM30 untuk 10kg.

“Kalau betul kerajaan nak buat Beras Madani ni dan kalau nak campurkan beras tempatan dengan beras import untuk dijadikan Beras Madani ia melibatkan pula Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), kena pinda peraturan.

“Kecuali beras import itu Beras Madani yang diberikan subsidi kepada pemain indutri ataupun pengilang atau pembekal beras…bukan pemborong,” ujarnya.

Dalam pada itu Ismail memaklumkan, mereka diberitahu bahawa hasil perbincangan daripada libat urus tersebut akan dibawa ke dalam satu mesyuarat bersama Perdana Menteri minggu depan untuk diputuskan.

Terdahulu hari ini, pemain industri padi dipanggil untuk menghadiri sesi libat urus bagi mencari langkah untuk kerajaan melaksanakan hasrat penjualan Beras Madani.

Sesi libat urus itu bermula pukul 10.30 pagi dan dipengerusikan Ketua Setiausaha KPKM, Lokman Hakim Ali.

Hadir sama pada sesi perbincangan itu, Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Mat Belot Syed Abu Hussin.

Rabu lalu, Mat Belot  dilaporkan berkata, kerajaan akan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih untuk menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI.

Katanya, serentak penetapan itu, kerajaan turut menetapkan harga siling bagi beras putih pada kadar RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg), berkuat kuasa Isnin. – 

WOIT

HEBOH BERAS NI

SEMUA KERANA

MAT  BELOT

KAH KAH KAH

MAT BELOT NAK

TUNJUK GEDEBE

LEBIH BIJAK DARI

MENTERI & PM

KAH KAH KAH

AMIN

NAK TUNJUK HERO

SEKARANG SEMUA

TERBARAI

MADANON DILIHAT

GAGAL

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: