Jumaat, 16 Februari 2024

PENGILANG BERAS MARAH DAH NI


Beras Madani: Jangan permainkan pemain industri – Pengilang

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini menimbulkan banyak persoalan kepada para peserta industri.

Persoalan itu timbul kerana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mahupun agensi-agensi berkaitan tidak pernah memanggil pemain-pemain industri untuk berbincang apatah lagi berunding mengenai perkara ini.

Pengarah Urusan PLS Marketing (M) Sdn Bhd, Allen Lim yang kesal dan terkejut dengan pengumuman tersebut melahirkan rasa khuatir pengeluaran beras Madani itu akan menjejaskan keseluruhan rantaian industri padi dan beras di negara.

Ini kerana pengeluaran beras terbabit berisiko ‘mempermainkan’ pengilang, pemborong dan juga pesawah, sekali gus menjejaskan bekalan beras domestik pada masa depan kerana statusnya kategori tunggal bagi beras putih.

“Banyak persoalan timbul apabila kerajaan mengeluarkan beras ini. Syarikat mana yang mengeluarkannya, siapa pengilangnya, sumber padi itu sendiri, penetapan harga pukal dan sebagainya. Kami memang tidak tahu perkara ini, sehingga ia diumumkan kelmarin,” katanya.

Allen berkata, isu harga pukal padi sudah tentu menjadi persoalan utama para peserta kerana selama ini pengilang yang bersaiz biada membeli padi pada harga RM1,650 per tan metrik.

Harga ini, dakwanya sudah tinggi tetapi pengilang besar membeli pada harga lebih mahal sehingga mencecah RM2,000 bagi setiap per tan metrik.

Persoalan-persoalan di atas penting kerana selama ini pesawah menjual padi kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan PPK pula jual pada pengilang dengan memperoleh komisen sebanyak RM30 hingga RM40 setiap tan untuk komisen. Sekarang PPK minta pada kami (pengilang) RM90 setiap tan.

“Kita sebagai pengilang tiada untung kalau macam ini. PPK sepatutnya tolong petani tapi saya berani cakap PPK kini mahu ‘bunuh petani’, ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengilang macam kami boleh lingkup.

“Sekarang harga siling maksimum beras putih tempatan berapa? Kalau naik RM3 tak mengapa sebab harga margin padi RM1,400 setiap tan ditambah kerajaan, bayar lagi subsidi pada petani.

“Saya khuatir bila wujud beras Madani ini harga pukal akan menjadi tidak terkawal kerana kerajaan tidak menetapkan harga siling pukal dan ia memberi kesan kepada pengilang-pengilang.

“Saya membayangkan persaingan akan menjadi lebih hebat dalam kalangan peserta,” tambahnya sambil berkata, isu ini memerlukan penjelasan terperinci. – 

WOIT

APA SUDAH JADI

AMIN

PETANI MARAH

PENGILANG MARAH

PEMBORONG MARAH

PENGGUNA MARAH

KHALAS

SEMUA KATA

 MARAH DAH NI

KHALAS

Tiada ulasan: