PN umum Kabinet bayangan, Radzi jaga portfolio kewangan
KUALA LUMOUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan senarai Kabinet bayangan baharu menjelang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Rakyat pada 26 Februari ini.
Menurut Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, pengerusi portfolio yang dilantikan akan memberikan fokus kepada isu dan polisi yang dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan.
“Kita semua sedia maklum isu paling besar sekarang ini dalam negara seperti kenaikan harga barang, kejatuhan nilai ringgit, pencen penjawat awam pendakwaan politik.
“Pada 26 Februari lalu, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Rakyat akan bermula.
“Maka sebab itu kita mahu bersedia lebih awal supaya dapat kita kemukakan bukan hanya soalan tetapi untuk menentukan apa sahaja masalah rakyat akan kita perjuangkan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Ahli Parlimen Putajaya, Mohd Radzi Md Jidin dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman ditugaskan untuk memantau isu ekonomi seperti harga barangan yang semakin meningkat selain nilai ringgit yang merudum.
Mohd. Radzi memegang portfolio kewangan manakala Mohd Syahir pula diberi portfolio ekonomi.
“Semua ini telahpun kita bincang dan kita fikirkan untuk beri fokus masalah kos sara hidup. Cuba kita lihat hari ini harga barangan kekal melambung tinggi. Apa yang berlaku selama setahun ini tidak langsung difikirkan kerajaan.
“Tidak ada tindakan rakyat untuk menurunkan harga barang atau kos sara hidup. Dia janji nak selesaikan dalam masa dua minggu. Apa sudah jadi? Sudah hampir dua tahun.
“Apa masalah yang kerajaan ada pada hari ini? Masalahnya adalah kerana mereka tidak beri fokus,” katanya selepas selesai bermesyuarat dengan Pengerusi-Pengerusi Portfolio Perikatan Nasional.
Turut hadir Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan.
Hamzah mendakwa, kerajaan ketika ini hanya memberikan fokus terhadap isu politik dan balas dendam termasuk terhadap bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin.
“Salah guna kuasa. Ini perkara yang kita bincangkan. Politik dendam hanya Allah sahaja yang tahu. Pada saya orang yang sudah tua, Tun Daim sakit dalam keadaan yang begitu. Sabarlah. Ini sampaikan kat hospital pun kau orang terpaksa lakukan. Kenapa ni? Orang tu nak lari ke mana?
“Keluar hospital, masuk hospital. Pakai kerusi roda pergi mahkamah. Apa nak jadi kerajaan hari ini,” katanya.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan