Selasa, 27 Februari 2024

POTONG BUJERT IJN - BANYAK AKAN MATI


Potong belanja program ad hoc, bukan bermain dengan nyawa – Rafidah

KUALA LUMPUR – Sebarang langkah untuk discaj semua pesakit dalam kalangan penjawat awam dan pesara kerajaan daripada Institut Jantung Negara sebagai langkah penjimatan disifatkan tidak berperikemanusiaan.

Bekas menteri Kabinet Rafidah Aziz berkata, laporan berhubung tindakan itu disifatkan sebagai perkembangan paling mengejutkan daripada Kerajaan Madani.

“Adakah Kerajaan Madani tiba-tiba mengambil pusingan U yang tajam dan IJN telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan intipati ‘Madani’. Ini adalah peristiwa yang menyedihkan,” kata beliau dalam kenyataan di media sosial.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menegaskan, rawatan kepada penjawat awam dan bekas kakitangan kerajaan di IJN adalah sebahagian daripada pakej persaraan dan mereka telah berkhidmat untuk negara sepanjang hayat.

Rafidah berkata, pemotongan kos untuk langkah penjimatan harus disasarkan kepada program ‘ad hoc‘ yang membazir di semua peringkat kerajaan bagi semua jenis acara.

“Bukan dengan bermain dengan nyawa mereka yang paling memerlukan rawatan perubatan yang mana hospital dan klinik kecil tidak dapat menyediakan (kemudahan tersebut),” katanya.

Sebuah portal, Code Blue, berkongsi tulisan seorang pesara penjawat awam yang diberhentikan rawatan selepas 25 tahun menerima rawatan rapi di IJN.

Pesara itu, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, alasan yang diberi ialah arahan kementerian supaya semua penjawat awam dan pesara perlu discaj ke pusat jantung KKM berhampiran rumah mereka.

“Saya membantah kerana masalah saya sangat rumit; pakar kardiologi kanan IJN bersetuju dengan saya. Tetapi saya diberitahu bahawa tangan mereka terikat kerana kerajaan sedang mengurangkan kos.

“Saya juga mendapat tahu pesara dan penjawat awam lain di seluruh negara, beberapa bulan lalu turut mengalami nasib yang sama.

“Jadi, saya pulang ke rumah dan membuat persediaan untuk berjumpa doktor di pusat jantung KKM berhampiran rumah saya. Ini bukan mudah kerana saya terpaksa membuat janji temu dan klinik sibuk,” katanya.

Pesara itu berkata, selepas lebih dua bulan beliau berjaya berjumpa doktor namun bimbang akan kehabisan ubat tidak lama lagi.

Lebih membimbangkan, pusat jantung yang berhampiran rumah pesara itu menyatakan, mereka tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan kes beliau dan bilangan ubat yang terhad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilaporkan berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjelaskan perkara itu tidak lama lagi.-:



WOIT

TARIK OXYGEN

DARI 

PESAKIT UNTUK

JIMAT BELANJA

SEDANG BERLAKU

AMIN

INI BUKAN JIMAT

BELANJA NEGARA

INI ZALIM

AMIN

INI BUKAN MADANI

INI  LEBIH ZALIM

DARI ZAMAN

MAHAFIRAUN

KHALAS

1 ulasan:

Amier The Hero berkata...

Kah kah kah kah kah.. den mampu golak ajo. Mano walaun² penyokong pi em ex? Jawab la.. tunggu la time omak dgn abah ekau lak kono cegitu. Den nak tgk, apo jadi eh kek ekau. Den kalu buleh, mmg nak topuk tgn dopan muko penyokong² pee H ni. Lopeh tu den nak kato, hadap an dek ekau!!! Ranap malaysia dapek kek diorg ni. Janji tinggal janji.. kah kah kah kah kah...