Sabtu, 17 Februari 2024

USTAZ BUDAK BERNASIB BAIK




Ustaz Budak' kekal dipenjara 13 bulan

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat, mengekalkan hukuman penjara 13 bulan terhadap seorang bekas mudir sebuah tahfiz di Machang, Kelantan yang dikenali sebagai `Ustaz Budak' kerana melakukan kelucahan melampau dengan mencium pipi seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun, di sebuah hotel, empat tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh  Hadhariah Syed Ismail memutuskan demikian selepas menolak permohonan Syamsul Zaman Sukri, 36, untuk mendapat kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan dan hukuman itu terhadapnya.

Ketika membaca keputusan sebulat suara bersama Hakim,  Azman Abdullah dan  Azmi Ariffin, beliau berkata, mahkamah memutuskan permohonan bekas mudir tahfiz itu tidak bermerit.

Mengikut pertuduhan itu, Syamsul Zaman yang juga seorang pendakwah didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang ahli perniagaan lelaki berusia 30 tahun termasuk mencium pipi di sebuah hotel di ibu negeri Kelantan, pada jam 1.15 pagi, 16 Disember 2020.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pada 9 Mac tahun lalu, Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhi tertuduh hukuman tersebut selepas dia didapati bersalah namun penangguhan hukuman terhadapnya dibenarkan sepanjang tempoh rayuan.

Pada 21 November tahun sama, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengekalkan hukuman dan sabitan itu dan mengarahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini, `Ustaz Budak' didakwa di beberapa mahkamah di negeri itu, melebihi 10 kes melibatkan jenayah seksual terhadap beberapa mangsa lelaki termasuk bekas pelajarnya.

USTAZ BUDAK

BERNASIB BAIK

AMIN

DALAM JIL

LAGI BANYAK

PIPI BOLEH DICIUM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: