UMNO tak boleh move on jika ada pemimpin pentingkan diri – Puad
KUALA LUMPUR – UMNO memang wajib untuk terus bergerak ke hadapan atau move on.
Bagaimanapun parti itu tidak dapat berbuat demikian sekiranya ada antara pemimpinnya mengambil sikap mementingkan diri, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi.
Menurutnya, parti berkenaan tidak boleh mengetepikan pandangan akar umbi yang boleh bertindak di luar jangkaan parti jika perasaan mereka diabaikan.
“UMNO memang wajib move on. Tetapi UMNO tidak boleh move on jika pemimpin pentingkan dirinya. Asalkan dia selamat dan tidak diganggu.
“Sebab itu jangan pandang ringan perasaan akar umbi. Jika mereka berkecil hati dan membuat protes senyap parti tidak boleh move on,” katanya.
Mohd. Puad mengulas mengenai kenyataan pemimpin parti itu yang mahu UMNO bergerak ke hadapan dalam mendepani isu pengampunan terhadap bekas presidennnya Datuk Seri Najib Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan