Isnin, 4 Mac 2024

JANGAN SENANG KENA TIPU



Akta baharu tangani penipuan dalam talian, bank tak boleh mengelak – Kulasegaran


KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang merangka akta baharu bagi meningkatkan keselamatan digital dan menangani penipuan dalam talian.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran, akta berkenaan melibatkan ketetapan pihak bank tidak boleh mengelak daripada bertanggungjawab sekiranya menjadi punca penipuan dalam talian berlaku.

“Saya berpendapat bank perlu bertanggungjawab. Pihak bank tidak boleh mengelak daripada diambil tindakan. Jika ada mana-mana bank yang telah atau sedang buat demikian, rujuklah kepada agensi yang berkenaan.

“Rang Undang-Undang (RUU) yang sedang dikaji ini akan merangkumi semua aspek termasuk yang diperkatakan YB Kota Melaka (tindakan terhadap bank dalam transaksi berkaitan penipuan dalam talian),” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka – PH) mengenai RUU yang kini dalam peringkat penelitian.

Sebelum itu, Kulasegaran memaklumkan sebanyak 107,716 kes jenayah scammer yang direkodkan antara 2020 hingga 2023 melibatkan jumlah kerugian RM3.2 bilion.

Dengan perkembangan itu , kerajaan tidak pernah memandang rendah isu penipuan dalam talian dengan tindakan menyeluruh terus diambil dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi mengesan nombor telefon yang didapati terbabit dengan penipuan dalam talian.

“Setakat Januari tahun ini, sebanyak 131 nombor talian ditamatkan kerana terbabit aktiviti penipuan dan 93 nombor talian meragukan telah disekat.

“Nombor berkenaan juga akan direkodkan dalam sistem semak Polis Diraja Malaysia sebagai panduan untuk orang awam membuat semakan sebelum meneruskan transaksi kewangan mereka,” kata menjawab soalan Siti Mastura Muhammad (Kepala Batas -PN). – 



WOIT

INI LANGKAH

BETUL

AMIN

LEBIH MUSTAHAK

ORANG RAMAI

SEDAR SENDIRI

AMIN

GAJI 12 RIBU

KERJA LUAR NEGARA

LULUS SPM

MASIH MELAMAR

AMIN

TENGOK MUKA

CERMN DIRI

JANGAN SENANG

KENA TIPU

AMIN

MUKA HEROT

TETIBA MAT SALEH

NAK AJAK KAWIN

CERMIN DIRI

AMIN

LABOR 1 RIBU

PULANGAN 12 RIBU

6 BULAN KEMUDIAN 

DAH JADI KAYA

AMIN

TAMAK BANGANG

PADAN MUKA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: