Selasa, 12 Mac 2024

NAJIB WAJIB TERUS DISIMPAN DI KAJANG


AS$120 juta pinjaman KWAP kepada SRC masuk ke akaun peribadi Najib – Saksi

KUALA LUMPUR – Najib Razak menerima AS$120 juta daripada hasil pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Pengarah Urusan Quantuma International, Angela Barkhouse yang juga pakar pemulihan aset luar pesisir  memberi keterangan bahawa wang berkenaan masuk ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri di Ambank menerusi tiga transaksi dari sebuah syarikat yang dikenali sebagai Blackstone Asia Real Estate Partners, dengan jumlah pertama AS$70 juta pada 29 Dis 2011.

Barkhouse yang memberi keterangan sebagai saksi kedua dalam perbicaraan saman sivil SRC International berkata US$50 juta lagi diterima menerusi dua transaksi, masing-masing pada 12 Mac 2012 dan 22 Mei 2012.

“Transaksi ini ditanda dengan rujukan ‘AMPrivate Banking’ dalam penyata bank Blackstone dan saya dapat mengaitkan jumlah yang diterima dalam Ringgit (RM) dengan transaksi dari akaun Blackstone dalam dolar AS (AS$) dengan menggunakan pertukaran mata wang.

“Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai eksekutif SRC International) juga menerima AS$82,000 daripada Blackstone Asia antara 27 Januari 2012 dan 8 Februari 2012,” katanya semasa memberi keterangan secara dalam talian dari British Virgin Island dalam prosiding saman sivil AS$1.18 bilion SRC International terhadap Najib di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

Dalam perbicaraan yang melibatkan Najib sebelum ini, telah dibuktikan di mahkamah bahawa Blackstone Asia Real Estate Partners adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang mempunyai nama serupa dengan firma ekuiti hartanah sebenar Blackstone Real Estate.

Barkhouse berkata, terdapat pergerakan keluar dana dari Blackstone ke pelbagai perantara termasuk syarikat produksi filem anak tiri Najib, Red Granite Capital Ltd (AS$17.5 juta), AS$24.8 juta kepada Brightstone Jewellery Limited serta Alsen Chance Holdings Limited (AS$168.5 juta), kedua-duanya dilaporkan dimiliki rakan sekutu Jho Low, Tan Kim Loong.

“Saya percaya bahawa berdasarkan bukti yang tersedia kepada saya terutamanya pemeriksaan terhadap maklumat perbankan yang berkaitan dengan Alsen Chance dan Brightstone, mereka adalah shell companies yang tidak menjalankan perniagaan sah, selain dari mengaut dana yang disalah guna dari 1Malaysia Development Berhad dan SRC International,” katanya.

SRC di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.

Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.

Perbicaraan bersambung esok. – Bernama



APAKAN NAJIB

AKAN DIBERI

DISKAUN LAGI ?

AMIN

KES 1MDB DAH

PENJARA 10 PENCURI

AMIN

TINGGAL NAJIB

DAN JO LO YG

BELUM JATUH

HUKUM

AMIN 

APAKAH NAJIB

AKAN DIBERI DNAA?

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Antara pemimpin yang mencuri paling TOP ialah Najib, kurniaan Tuhan kata penyokong dulu semasa ada jawatan, sekarang ini tak ramai, semuanya menghilangkan diri sejak tak ada kuasa, begitulah manusia selagi ada kuasa ada jawatan ada pangkat ada pingat keliling oleh lalat, kah kah kah budaya hidup tahi memang kegemaran lalat, dimana ada tahi ops dimana ada najis disitu ada lalat syukur satu lagi kurniaan, sebarang kelayakan paling kaya patut kepada keluarga kepimpinan United Gerombolan Sdn Bud kah kah kah