Rabu, 27 Mac 2024

NAK BUAT BAIK WAJIB. ADA PERMIT ?


Lelaki didakwa pungut wang tabung gelandangan tanpa kebenaran

MELAKA – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan membuat pungutan wang melalui tabung tanpa kebenaran daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dua tahun lalu.

Tertuduh, Md Shah Alias, 40, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shukeri Najib Ab Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemilik tunggal Shah Fatah Group Resources Sdn. Bhd. melalui melalui tabung yang tertera nama Pusat Transit Gelandangan E Kasih Melaka didapati telah mengambil bahagian dalam membuat pungutan wang.

Pungutan itu dibuat tanpa kebenaran MAIM sebagaimana Seksyen 94(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Melaka (Pindaan) 2022.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan bank di Taman Mutiara Melaka, Batu Berendam dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 5.20 petang 3 Ogos 2022.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 94(4) enakmen sama dan sekiranya disabitkan boleh dihukum di bawah peruntukan Seksyen 95(5) enakmen sama iaitu denda tidak lebih RM3,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Masri Masud dan Marina Mohammad memohon mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM3,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh kemudian membayar jaminan dan mahkamah menetapkan 17 Julai depan untuk perbicaraan semula kes. –

SOALAN

APAKAH SOSOK INI

NAK BUAT BAIK

ATAU NAK MENIPU

AMIN

SOALAN APAKAH

NAK BUAT BAIK

KENA ADA PERMIT

AMIN

SOALAN

APAKAH NAK

BUAT BAIK ADA

KARTEL MONOPOLI

KHALAS

Tiada ulasan: