Representasi Rosmah gugur pertuduhan belum dimuktamadkan
KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan belum memuktamadkan representasi ketiga Rosmah Mansor bagi mengugurkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7.09 juta dan lima kesalahan kerana gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti beberapa fakta baharu yang dibangkitkan Rosmah sebelum membuat keputusan berkaitan perkara itu.
Tambah beliau, pasukan pendakwaan juga cuba menghubungi beberapa orang saksi mengenai perkara itu.
“Kami masih memerlukan masa untuk putuskan representasi ini, kita mohon mahkamah sambung prosiding pada tarikh akan datang bagi menjimatkan masa mahkamah” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, K. Muniandy.
Berikutan itu, Muniandy menetapkan 4 Julai ini bagi mendengar hujahan permohonan isteri bekas Perdana Menteri itu.
1 ulasan:
Den terpanggil utk bagi komen bab kak mah ni tt. Kalau la kak mah ni kono penjagho, buleh tak tt bayangkan cemano nasib wadar² dlm tu? Buleh tt ghasokan tak cemano stress eh diorg nnt nak menjago kak mah kek dalam tu. Kalau kek luar maso bebas ni pun muko eh dah bongih cegitu, apotah laie bilo kek dalam. Mau copek wadar² dlm tu dapek ponyakit jantung sudah eh, sobab menahan goram dongan pangai dan perintah kak mah. Pondapat den la tt, dari kito buek wadar² tu sensagho.. elok la kak mah ni di boghi hukuman tahanan dlm ghumah ajo. Tak buleh keluar tunjuk muko. Ghumah eh kan bosa, apodohal bona. Ghaso nak mkn kek paul.. oda ajo la fudpanda. Kughong dio dlm ghumah selamo 25 tahun, pakaikan golang karan tu. Lobih ajo 20 meter luar umh, biar dio tekolojat kono karan.. abih cito. Dari kito buek wadar² kojo tersikso cegitu. Apo pondapat tt? Kah kah kah kah...
Catat Ulasan