Selasa, 26 Mac 2024

TOWKAY KK MART TAK NGAKU SALAH HINA ISLAM


Pengasas KK Mart, isteri mengaku tak bersalah tuduhan hina Islam

SHAH ALAM – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Chai Kee Kan dan isterinya,  Loh Siew Mui antara lima individu didakwa berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka berkenaan di sini hari ini.

Bagaimanapun kedua-dua mereka membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Turut didakwa di mahkamah sama adalah pemilik syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Chin Huat di mana syarikat itu menjadi pembekal stoking berkenaan serta dua lagi dari syarikat itu, Goh Li Huay dan Soh Hui San yang turut tidak mengaku bersalah.

Kelima mereka dibebaskan dengan jaminan RM10,000 seorang.

Selain individu terbabit, pihak pendakwaan turut mendakwa KK Mart dan Xin Jiang Chang sebagai entiti dalam kes itu.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya yang terdiri daripada Masri Mohd Daud, Khairul Azreem Mamat, Ku Hayati Ku Haron, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Mohd Azhar.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah tertera Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Tiga hari selepas itu, pengurusan KK Super Mart memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Puluhan laporan polis dibuat terhadap KK Mart manakala Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyeru masyarakat memboikot rangkaian kedai serbaneka itu.

Kilang Xin Jian Chang di Batu Pahat, Johor pula ditutup sementara.

Susulan isu itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita. Seri Paduka Baginda bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa. –

INI MACAM

KES NATRAH

DI SINGAPURA

AMIN

TERANG TERANG

DAH MASUK ISLAM

TAPI ADA DUIT

PAKAI PEGUAM

JADI BEBAS

AMIN

KES INI 

TUDUH SANA

TUDUH SINI

UPAH PEGUAM

UNTUK BEBAS

AMIN

BANI MELAYU

SAMPAI KIAMAT

TAK AKAN 

PUAS HATI

AMIN

TAK CAYA SILA

TANYA AYAHANDA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerja bodoh

abuqassim berkata...

Ompek boleh stukin jumpo kek rak tigo kodai kkmat jo.
Ni mcm kes pau bilo tk byr kono sabotaj..
Tkkn gilo lak org yg niago nk bg bangkrap..
Sapo lak yg cui bono nih?
Ko ado cito lain yg nk tutup nih?
KAH KAH KAH
Mesia dh kalah bola..