Rabu, 3 April 2024

BERITA 6 JAHANAM !!!


RoS lulus pindaan Perlembagaan Bersatu – Razali

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan Pindaan Perlembagaan Bersatu yang telah diputuskan pada Perhimpunan Agong Khas parti itu, baru baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Razali Idris.

“Assalamualaikum semua. Berita baik! ROS telah meluluskan Pindaan Perlembagaan Bersatu yang telah diputuskan dalam Perhimpunan Agong Khas baru baru ini.

“Alhamdulillah 6 + 1 Jahanam jangan lari!!!,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu,  Wan Saiful Wan Jan menggesa RoS segera meluluskan pindaan perlembagaan parti itu bagi membolehkan ia dikuatkuasakan serta-merta.

Beliau turut berharap supaya tiada sebarang campur tangan politik yang boleh mempengaruhi proses berkenaan menjadi perlahan.

Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Pindaan itu membabitkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti.

Kelulusan sebulat suara pindaan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Bersatu, Mohd Suhaimi Abdullah di hadapan 1,956 perwakilan daripada bahagian serta sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi serta Srikandi Muda yang hadir. – 

WOIT

INI BERITA BAIK

SALAH RAMALAN

GUA JANGKA ROS

AKAN DING DONG

AMIN

INI TERUS LULUS

APA AP APA KE?

JENG JENG JENG

APA AKAN JADI

PADA 6 PEMBELOT

JENG JENG JENG

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akta lompat parti tak halang mp sokong pm.. ini mungkin jadi modal bahas. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Tarak apa apa akan berlaku..bersatuh bukan pahe undang undang pon...cuba tanya ros lulus undang baru bleh pakai retrospectively tak? Mesti mata bunting tanya amenda tu..minah getah cun pakai retro bell bottom? Kakakkaka aryan mesia tak payah politik la..meluat menjijik