Sabtu, 6 April 2024

BOIKOT KK MART DITERUSKAN !!!



Boikot bukan satu kesalahan jenayah – Noh Omar

TANJONG KARANG – Kempen boikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart yang digerakkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh tidak menyalahi undang-undang negara.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar berkata, Dr Akmal tidak boleh disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah hanya kerana menganjurkan kempen boikot.

“Dr Akmal cakap suruh boikot KK Mart, saya tak nampak di bawah undang-undang mana tindakan boikot ini menjadi satu kesalahan jenayah.

“Kalau kenyataan kita boikot, kita boikot sana sini, apa salahnya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, Dr Akmal mengesahkan bahawa beliau telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada pagi Jumaat.

Beliau yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Kuala Lumpur ditahan walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Sabtu.

Dr Akmal juga bertegas, tidak akan berganjak walau seinci dengan pendiriannya.

Sebelum ini, Pemuda UMNO memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Dr Muhamad Akmal juga dipetik memberi amaran Pemuda UMNO akan memulakan boikot lebih kuat terhadap KK Super Mart sekiranya pengurusan kedai serbaneka itu gagal mematuhi tuntutan pergerakan berkenaan.

Bagaimanapun kata Noh, Dr Akmal hanya boleh diambil tindakan undang-undang sekiranya pengurusan KK Mart mengemukakan notis tuntutan sivil ke atas beliau.

“Kempen boikot ini bukan perkara pertama bahkan sudah jadi perkara biasa

“Kalau Dr Akmal kata boikot KK Mart, kalau orang masuk KK Mart Akmal tak boleh buat apa.

“Kalau siapa masuk aku tunggu depan pintu, masuk aku pukul, itu betul, tak boleh.

“Tapi tuan yang kena boikot itu tak puas hati, samalah, di bawah undang-undang sivil, saman peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Noh secara peribadi menyokong perjuangan dan pendirian Dr Akmal dalam mempertahankan kalimah Allah daripada tindakan penghinaan.

“Seorang pemimpin muda yang tegas dan dia bercakap sama prinsip dengan saya iaitu bab Islam kita kena ketepikan parti, dia perjuangkan kalimah Allah.

“Walaupun saya bukan ahli UMNO, tapi saya kagum dan ucapkan tahniah di atas keberanian Dr Akmal ini.

“Secara peribadi saya kagum, hormat dan menyokong perjuangan Dr Akmal Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Noh turut terkejut dengan penahanan Dr Akmal setibanya beliau di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur, pada Jumaat.

“Kenapa terburu-buru sangat nak tahan dia bila sampai di Kota Kinabalu, atau nak halang supaya dia jangan jumpa Pemuda UMNO di Sabah, itu saya tak tahu dari segi politik.

“Saya tidak mempersoalkan tugas polis, tetapi rakyat akan menilai bagaimana keadilan dalam kita nak beri kepada rakyat,” katanya lagi. – 



INI CONTOH

PEMIMPIN MUDA

YANG  TERAS

AMIN

TERUSKAN BOIKOT

TERUSKAN LAWAN

AMIN

INI KESEDARAN

MELAYU ISLAM

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yaaaa..tak kala tak der beras..rumput pun jadi la..teruskan teruskan...yeehaah..hippikayaaay...no retreat no surrender...