Rabu, 17 April 2024

IRAN BERSEDIA JIKA ISRAEL MENYERANG


Iran tutup kemudahan nuklear atas pertimbangan susulan serangan Israel

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas pertimbangan keselamatan susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel, kelmarin, kata Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di luar mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sama ada beliau bimbang mengenai kemungkinan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran sebagai tindakan balas terhadap serangan itu.

"Kami sentiasa bimbang mengenai kemungkinan ini. Apa yang saya boleh beritahu ialah pemeriksa kami di Iran telah dimaklumkan oleh kerajaan Iran bahawa semua kemudahan nuklear yang kami periksa setiap hari akan ditutup atas pertimbangan keselamatan," katanya.

Kemudahan itu akan dibuka semula pada hari Isnin, kata Rafael tetapi pemeriksa tidak akan kembali sehingga hari berikutnya.
at tergempar susulan serangan Iran.

"Saya memutuskan untuk tidak membenarkan pemeriksa pulang sehingga kita melihat keadaan benar-benar tenang," katanya.

Iran melancarkan lebih 300 dron dan peluru berpandu ke Israel pada waktu malam pada Sabtu hingga Ahad lalu sebagai membalas serangan udara ke atas bangunan konsular di Damsyik yang membunuh tujuh Pengawal Revolusinya, dua daripadanya adalah jeneral.

Israel dan sekutunya menembak jatuh sebahagian besar senjata, dan serangan itu hanya menyebabkan kerosakan kecil, tetapi kebimbangan mengenai kemungkinan tindakan balas Israel telah mencetuskan kebimbangan perang serantau habis-habisan.

Israel telah menjalankan operasi terhadap tapak nuklear di rantau itu sebelum ini.

Pada tahun 1981, Israel mengebom reaktor nuklear Osirak di Iraq pimpinan Saddam Hussein, walaupun mendapat tentangan daripada Amerika Syarikat (AS).

Pada 2018, Israel mengakui telah melancarkan serangan udara rahsia terhadap sebuah reaktor di Syria 11 tahun sebelumnya.

Israel juga dituduh oleh Iran kerana telah membunuh dua ahli fizik nuklear Iran pada 2010, dan menculik seorang lagi pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2010, serangan siber yang canggih menggunakan virus Stuxnet, yang dikaitkan oleh Iran kepada Israel dan AS, membawa kepada beberapa siri kerosakan dalam emparan Iran yang digunakan untuk pengayaan uranium.

Israel menuduh Iran mahu memperoleh bom atom iaitu sesuatu yang dinafikan Iran. - AFP

ISRAEL CARI

PELUANG NAK

BOM LOJI

NUKLEAR IRAN

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah sinopsis cerita bersambung lagi, siapa mengatur siapa untung akhir sekali hanya TT yang tahu, adakah semuanya seperti ditayangkan? Apa agenda sebenar gaduh gaduh ini sekian lama? Mengapa tanah ini tidak pernah aman? Siapa punca siapa penyambung ketuanan? Siapa yang mengatur segalanya di sini kah kah kah boleh dengar percaya jangan sekali cerita demi cerita masing-masing mengikut lunas pemikiran sendiri siapa benar siapa salah bukan kita menentukan amin kah kah kah