Isnin, 29 April 2024

KENAPA TAK TANGKAP BLOOMBERG ?



Chegubard didakwa lagi di JB esok, kata peguam

AKTIVIS Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, bakal berdepan lebih banyak pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor esok berhubung ulasan mengenai rancangan pembinaan kasino di Forest City, Johor, kata peguamnya Rafique Rashid Ali.

Rafique berkata Badrul akan berdepan pertuduhan berhubung hantaran di media sosialnya mengenai laporan dakwaan Bloomberg berhubung perbincangan peringkat tertinggi mengenai projek kasino itu.

Badrul akan ke Johor pagi esok untuk menghadapi pertuduhan, kata peguam kepada pemberita selepas aktivis itu didakwa melakukan fitnah dan hasutan jenayah di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber Kuala Lumpur pagi ini.

“Kami tidak mengetahui butiran pertuduhan setakat ini,” kata Rafique.

Badrul, ketika bercakap kepada media, berkata beliau hanya mengulas berdasarkan laporan Bloomberg.

Minggu lalu, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertemu dengan Pengasas Berjaya Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting Lim Kok Thay untuk membincangkan lesen kasino untuk Forest City.

Laporan itu, memetik sumber yang biasa dengan perkara itu, berkata sebuah kasino akan membantu memulihkan projek hartanah bernilai AS$100 bilion itu.

Anwar, Berjaya dan Genting menafikan laporan tersebut.

Dalam catatan di Facebook, Badrul menyindir yang kasino didakwa adalah “hab kewangan” yang diumumkan Anwar sebelum ini, dan berterima kasih kepada Bloomberg dan Singapore’s Business Times kerana menerbitkan artikel mengenai perbincangan itu.

Awal pagi tadi, Badrul mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan jenayah fitnah dan menghasut. – 29 April, 2024.


WOIT

KENAPA TAK

TANGKAP

 BLOOMBERG?

AMIN

SAMPAI HARI INI

BLOOMBERG

TAK NAFI

KAH KAH KAH

MINTA MAAF

JAUH SEKALI

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: