Selasa, 9 April 2024

KES ENAM JAHANAM


Perikatan mahu saman 6 wakil rakyat Bersatu


PERIKATAN Nasional (PN) akan memohon kepada speaker Dewan Rakyat dan juga mengemukakan saman ke atas wakil rakyat Bersatu yang menyokong Anwar Ibrahim supaya mengosongkan kerusi.

Pemimpin gabungan itu, Takiyuddin Hassan berkata ia ekoran kejayaan Bersatu meminda perlembagaannya bagi melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyat tersebut.

Jelas Takiyuddin, perlembagaan baru parti itu meluluskan tindakan memecat mana-mana wakil rakyat yang menunjukkan sokongan yang tidak sama dengan pendirian Bersatu.

“Dalam undang-undang lompat parti, mana-mana orang yang terpecat daripada parti, seseorang itu dianggap melompat parti dan mereka perlu mengosongkan kerusi,” katanya.

Takiyuddin memberitahu lidah parti PAS Harakah, enam ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu itu melakukan kesalahan kerana menyokong pihak lain.

Walaupun pindaan itu diluluskan lama selepas enam wakil rakyat terbabit menyokong Anwar, undang-undang tersebut tetap terpakai.

“Dalam keadaan begitu, kerusi-kerusi yang dimenangi mereka sebelum ini mengikut undang-undang perlu dikosongkan untuk diadakan PRK,” katanya.

Sementara itu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan menyebut, penguatkuasaan pindaan ke atas enam wakil rakyat berkenaan akan dilangsungkan selepas sambutan Aidilfitri.

Dua penyandang kerusi di Kelantan itu terdiri daripada Zahari Kechik (Jeli) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Empat lagi Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Terbaru, Adun Bersatu Abdul Rashid Asari (Selat Klang) di Selangor mengumumkan menyatakan sokongan ke atas Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. – 7 April, 2024.

U

KES INI

AKAN DILAMBATKAN

KE SANA KE SINI

AMIN

LEBIH DARI 3 TAHUN

TAKDA PRK

KAH KAH KAH

MAKA SELAMAT

UBI MADANON

KHALAS

Tiada ulasan: