Tidak mudah untuk DAP raih sokongan pengundi Cina di Kuala Kubu Baharu
KUALA LUMPUR – DAP dijangka berdepan laluan berliku untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu di Selangor.
Selain bergantung kepada peratusan keluar mengundi kaum Cina, kejayaan PH untuk mempertahankan kerusi itu juga dipengaruhi calon lawan.
Penganalisis berpendapat, jika PN meletakkan calon Gerakan yang sukar mendapat sokongan Melayu dan Cina, peluang PH mempertahankan Kuala Kubu Baharu akan menjadi lebih besar.
Penganalisis isu semasa, Ooi Tze Howe berkata, pengundi Cina memainkan peranan kritikal dalam pilihan raya kecil yang bakal dijalankan dan sekiranya orang Cina bersikap “dingin”, maka DAP akan berdepan kekalahan.
Katanya kepada Kwong Wah Yit Poh, berbanding pilihan raya negeri di mana peratusan keluar mengundi adalah lebih tinggi, pilihan raya kecil selalunya menunjukkan keadaan bertentangan.
Mengenai keadaan kem lawan iaitu PN pula, Tze Howe berkata, jika PN mencalonkan wakil Gerakan, maka tindakan “boikot” oleh Pas seperti yang pernah berlaku di Pulau Pinang mungkin berulang di Kuala Kubu Baharu.
“Semasa pilihan raya negeri di Pulau Pinang, Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau seakan-akan mendapat sokongan PN, tetapi hakikatnya beliau sukar merai sokongan pengundi Melayu.
“Jika Gerakan bertanding di Kuala Kubu Baharu, parti ini mungkin sukar mendapat undi kaum Cina atau Melayu. Dalam keadaan ini, ia memudahkan kemenangan DAP.
“Jika PN meletak calon Pas atau Bersatu pula, ketidaktentuan di Kuala Kubu Baharu akan bertambah besar,” katanya.
Walau bagaimanapun, Tze Howe berpendapat kebanyakan pengundi Cina adalah “pendiam” dan mereka mungkin menggunakan cara tidak keluar mengundi untuk memberi mesej tidak puas hati kepada Kerajaan Perpaduan.
Ditanya kemungkinan DAP meletak calon keturunan Melayu pula, penganalisis itu berkata, keadaan itu adalah tidak menguntungkan PH.
“Pengundi Cina sudah tidak berpuas hati dengan Kerajaan Perpaduan. Jika calon Melayu diletak untuk menggantikan calon Cina, maka implikasinya adakah teruk,” katanya.
Tambahnya lagi, UMNO dan MCA tidak perlu membantu kempen DAP kerana keadaan itu hanya akan mengeruhkan keadaan.
“Jika UMNO berkempen untuk DAP, keadaan ini sebaliknya akan menyumbang kepada kekalahan DAP,” katanya.
Wakil rakyat Kuala Kubu Baharu yang asal iaitu Lee Kee Hiong meninggal dunia akibat kanser.
Semasa pilihan raya negeri, Kee Hiong dari DAP berjaya mempertahankan Kuala Kubu Baharu dengan majoriti 4,119 undi walaupun DAP melihat kerusi itu sebagai berisiko. –
2 ulasan:
Boikot je. Biar semua mampus. Hari undi kita pergi disko dan karaoke.
Mahaldahni lain ker dari melayu 8slam? I kuntpius TT.
Catat Ulasan