Isnin, 22 April 2024

SETANYAHU - HAMAS AKAN DISERANG


Netanyahu ancam serangan lebih hebat ke atas Hamas

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar untuk memperhebatkan tindakan keras tentera ke atas Hamas.

Dalam ucapan video, Netanyahu mengancam tindakan “dalam beberapa hari akan datang,” tanpa menjelaskan masa dan tempatnya.

“Kami akan menyerangnya dengan lebih hebat dan ini akan berlaku tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, Israel “akan meningkatkan tekanan tentera dan diplomatik terhadap Hamas kerana ini adalah satu-satunya cara untuk membebaskan tebusan dan mencapai kemenangan.

Netanyahu sebelum ini telah menyatakan tentera Israel akan memulakan serangan darat ke atas Rafah, walaupun antarabangsa menentang cadangan itu kerana kawasan itu menjadi tempat perlindungan kepada lebih 1 juta orang pelarian. – Agensi

NATANYAHU..OPPS

.... SETANYAHU

AKAN SERANG

HAMAS DENGAN

LEBIH GANAS

AMIN

JANGAN RISAU

HAMAS DAH LAMA

MENUNGGU

KHALAS

Tiada ulasan: