Penduduk Malaysia meningkat 34 juta
KUALA LUMPUR – Penduduk Malaysia bagi suku tahun pertama 2024 meningkat 2.3 peritus kepada 34 juta berbanding 33.2 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, daripada jumlah itu 30.6 juta adalah warganegara Malaysia manakala 3.4 juta rakyat asing.
Statistik yang dikeluarkan hari ini menunjukkan peningkatan 600,000 jumlah warga asing dalam tempoh tersebut.
Sementara itu jumlah penduduk wanita adalah seramai 16.1 juta mengatasi nisbah lelaki 15.8 juta dengan nisbah 111 lelaki bagi setiap 100 wanita.
Data keseluruhan penduduk Malaysia.
Mengikut kumpulan etnik Melayu membentuk 58% penduduk diikuti Cina (22.6%), India (6.6%), Bumiputera lain (4.4%), Iban (2.4%), Kadazan/Dusun (2.1%), Bajau (1.8%), Bidayuh (0.7%), Melanau (0.4%) , lain-lain (0.7%) dan Murut (0.3%).
Data penduduk mengikut negeri.
Data menunjukkan kelahiran hidup pada suku tahun pertama adalah 106,386 menurun 9.4 peratus berbanding 117,413 pada suku pertama 2023.
Kelahiran-hidup
Data kelahiran 2024
Kadar kematian yang dicatatkan berjumlah 47,964 menurun 1.5 peratus berbanding 48,693 bagi tempoh tersebut.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan