Selasa, 28 Mei 2024

BLACKROCK RAKYAT MENUNGGU JAWAPAN


BLACKROCK

RAKYAT TUNGGU

JAWAPAN

KHALAS 


Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke suruh rujuk Khazanah Nasional dan jangan cari dia berkenaan isu MAHB-BlackRock.

Sebenarnya, ada cara lebih baik untuk selesaikan isu ini agar Rakyat diberi penjelasan kenapa syarikat yahudi BlackRock diberi peranan untuk beli kepentingan 25% dalam MAHB.

Ini caranya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke boleh suruh Pengerusi Khazanah Nasional Anwar Berahim untuk jelaskan.

Jika Pengerusi Khazanah Nasional Anwar Berahim tak boleh jawab, dia kena rujuk boss dia Menteri Kewangan Anwar Berahim.

Jika Menteri Kewangan Anwar Berahim tidak boleh jawab, dia boleh rujuk boss dia Perdana Menteri Anwar Berahim.

Jika Perdana Menteri Anwar Berahim tak boleh jawab, dia boleh rujuk perkara ini untuk dibincang dalam Jemaah Menteri.

Setelah Jemaah Menteri berbincang dan Pengerusi Jemaah Menteri Anwar Berahim boleh tugaskan Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk beri penjelasan bagi isu ini sebab ianya juga isu yang melibatkan sektor pengangkutan

Tiada ulasan: