Rabu, 15 Mei 2024

HARGA MINYAK PETROL AKAN NAIK


Kembalikan GST bila subsidi bahan api mansuh, kata MCA 

PUTRAJAYA perlu mengembalikan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk membantu orang ramai menyesuaikan diri dengan kenaikan kos sara hidup akibat pemansuhan subsidi bahan api yang akan berlaku, kata MCA.

Ketua jawatankuasa kos sara hidup parti itu, Dr Monna Ong berkata rakyat Malaysia sudah pun berdepan impak besar akibat kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada 6% kepada 8%.

Ini diburukkan lagi dengan pengenalan beberapa jenis cukai baharu dan perluasan skop cukai SST.

“Semua ini terlalu membebankan rakyat di semua peringkat, dan ini tidak mengambil kira rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dilaksanakan tahun ini.


“Kami sekali lagi menggesa kerajaan untuk memperkenalkan semula GST yang kerajaan sendiri katakan lebih telus, adil dan kurang membebankan pengguna berbanding SST,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata selain MCA, kumpulan perniagaan dan pemain industri lain turut menggesa agar GST diperkenalkan semula.

Katanya SME Bank telah meramalkan harga diesel akan meningkat secara purata 71% jika subsidi diesel ditarik balik sepenuhnya.

Ini akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi sebanyak 7.1%, katanya sambil menambah perkara ini perlu dipandang serius kerana ia akan memberi kesan kepada rakyat.

“Sebarang pengurangan subsidi sudah tentu akan membawa kepada peningkatan kos sara hidup terutama apabila diesel menjadi bahan api utama untuk pengangkutan, pertanian dan industri.

“Keadaan ini secara langsung membawa kepada peningkatan kos pengangkutan dan logistik, yang akan membawa kepada kenaikan harga barang, sekali gus memberi kesan kepada pengguna,” tambahnya.

Beliau bersetuju bahawa adalah tidak munasabah untuk meneruskan pemberian subsidi tetapi menggesa kerajaan untuk melaksanakan jaringan keselamatan terlebih dahulu bagi melindungi rakyat.

GST telah dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih kuasa pada 2018. – 15 Mei, 2024.

AWAS

HARGA PETROL

AKAN NAIK

AMIN

SABSIDI

DI HAPUSKAN

AMIN

MINYAK NAIK

SEMUA HARGA

BARANG NAIK

AMIN

RAKYAT WAJIB

NAIK  MINYAK

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

K'jaan yg bijak dlm permainan & lokonan utk rakyat kah kah kikiki