Khamis, 27 Jun 2024

BEKAS TENTERA TOLAK BLACKROCK



PERSATUAN SUARA PATRIOTIK RAKYAT MALAYSIA @ PSPRM





                                       KENYATAAN MEDIA

VETERAN BANTAH PENJUALAN SAHAM MALAYSIAN AIRPORT HOLDING BERHAD KEPADA BLACKROCK.

1.Pada 25 Jun 2024 sesama sesi soal jawab Perdana Menteri didalam Parlimen , YAB Perdana Menteri telah mengesahkan bahwa saham MAHB sebanyak 30% akan dijual kepada Syarikat BlackRock / GIP sebuah syarikat pelaburan berpengkalan diAmerika Syarikat .Syarikat BlackRock merupakan syarikat yang terlibat didalam industri pertahanan dalam bidang pembinaan peralatan perang/ senjata seperti Pesawat Tempur, Dron,bom, peluru, peluru berpandu,misil serta alat ganti jet jet Pejuang Tentera Udara.BlackRock juga merupakan syarikat yang pro Israel dan membekal senjata, peluru dan bom yang sedang ganas membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin.

2.YAB Perdana Menteri juga berkata bahwa penjualan 30% saham MAHB adalah diatas pertimbangan perdagangan yang menguntungkan negara dan tiada sebarang niat lain.

3.YAB Perdana Menteri amat ghairah untuk memelihara hubungan baik dengan Amerika dan rakan sekutunya serta mendapat keuntungan yang besar didalam perdagangan dua hala  tetapi amat tidak Peka dan Prihatin tentang isu KESELAMATAN NEGARA.

4.YAB Perdana Menteri sedar atau tidak dari 32 buah Lapangan Terbang didalam Negara terdapat 8 buah Pengkalan Tentera Udara Malaysia yang menempatkan Jet Jet Pejuang, Helikopter, Pesawat Pengangkutan TUDM dan hanger didalam kawasan Lapangan Terbang yang diurus oleh MAHB.Senarai seperti berikut :

TUDM KEPALA BATAS, ALOR SETAR

TUDM BUTTERWORTH, PULAU PINANG

TUDM IPOH, PERAK

TUDM SUBANG,SELANGOR

TUDM KUANTAN, PAHANG

TUDM GONG KEDAK, TERANGGANU

TUDM LABUAN

TUDM KUCHING, SARAWAK

5.Menjual saham MAHB bakal mendedahkan maklumat Pertahanan negara terutama tentang keupayaan, kekuatan, daya tempur serta sistem radar TUDM kepada musuh.

6.Amat malang dan sedih tiada seorang pun Panglima samada Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara atau pun Ketua Pengarah Perisekan Angkatan Tentera yang berani menegur atau menasihati Perdana Menteri dan Kerajaan untuk memberhenti tindakan menjual aset strategik negara yang akan membawa malapetaka kepada Negara.

7.Kami Veteran Veteran yang pernah bertempur semasa Darurat serta Konfrantasi  membantah dengan sekeras kerasnya  tindakan Kerajaan yang mahu menjual saham MAHB kepada BlackRock.

#KESELAMATAN NEGARA TIDAK BOLEH DIJUAL BELI

26 Jun 2024

Mejar Anuar Abdul Hamid(B)
Timbalan Presiden PSPRM.
Pengerusi PSPRM Negeri Kedah

Tiada ulasan: