Harga diesel RM3.35 seliter mulai tengah malam ini
PUTRAJAYA: Harga diesel tanpa subsidi akan dijual pada kadar RM3.35 seliter oleh semua stesen minyak runcit di seluruh Semenanjung, bermula jam 12 tengah malam ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata harga diesel tanpa subsidi ini sama ada berubah atau tidak, akan diumumkan setiap Rabu seperti amalan semasa.
Beliau berkata, serentak penyasaran subsidi diesel itu juga, seramai 30,000 kumpulan awal pemilik kenderaan diesel persendirian akan menerima bantuan bulanan RM200 menerusi program BUDI MADANI mulai tengah malam ini.
"Dengan penetapan harga dan pelaksanaan subsidi bersasar ini, kerajaan menjangkakan pengurangan serta-merta kerugian daripada aktiviti ketirisan yang boleh membawa kepada penjimatan sebanyak RM4 billion setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan